sangat penat bila hanya kata maaf yang diucap berulang kali. tapi usaha untuk mengatasi hanyala sedikit. mungkin dalam 0.1%?
bukan kata maaf yang dipinta. bukan kemenangan yang dicari. bukan ego yang ditonjolkan. bukan hadiah yang diinginkan.
tapi hanya mahukan sedikit persefahaman. hanya sedikit perkongsian masa. hanya sedikit perhatian.
hanya sedikit. itu sudah cukup memadai.
hati ini tidak sengaja merungut. bukan la tidak mahu memahami.
tapi tidak kah engkau sedari, hati ini sudah mula terasa kepedihan? terasa dipinggirkan? terasa akan perubahan diri engkau? tidak kah engkau sedar?
sudah puas hati ini bersangka baik. sudah puas hati ini mengalah. tapi makin lama, ia makin terasa perubahan itu.
yang ia mahukan hanyalah sedikit. sedikit. susahkan untuk engkau tunaikan?
No comments:
Post a Comment