Tuesday, December 28, 2010

tik tok tik tok
rupe2nye da dua tahun..bukan setahun lebih seperti yang dihitung..
semua keadaan tergantung..
semua keadaan ditinggalkan tanpa titik noktah..
semua keadaan ditinggalkan dengan penuh tanda tanya..
semua keadaan ditinggalkan begitu saja..

masih bersisa kah ketabahan dalam hati ini?
InsyaAllah :)

Sunday, December 26, 2010


Wishing for a miracle

wishing for a rainbow

Wednesday, December 22, 2010

alhamdulillah =D

yeop! =D

petang td, dalam pukul 2, i did some medical check-up. alaaaa, yang pernah aku tulis dalam entry before2 nie.
setelah melalui pelbagai dugaan, pelbagai penangguhan, akhirnyaaaa!
aku da cek jugak.

sangat berdebar debar la rasa. takut dapat keputusan yang negative. naseb baikla akak kat pusat kesihatan tuh baik. maluuuu+segannn semua perasaan ada bila operasi ngah berjalan. doktor laki plakk kan? huu. hanya Allah je yang tau feeling aku time tuh.

tapi. aku bersyukur. sebab i got this chance. teehee..bukan senang tau nak dapat. mungkin akan dapat. tapi time da pregnant la nanti. hehe. malu memg malu. toksah cakap la. tapi bila dapat tengok dengan mata sendiri. takyah imagine bagai. takyah refer kat picture mcm time study2 tuh. aku rasa bersyukur. sangat. excited! sampai akak tuh suro aku baring. haha.

tapi. ape2 pun. Alhamdulillah. there is nothing yang abnormal. hehe. sume normal. cume kene jaga kesihatan bagai.

once again, i did it again. Thanks hati.

Sunday, December 19, 2010

sangat adore la!~


sangat berkenan ngan coat nie!

tapii.. compem2 da beli xkan pakai..

macam la aku tingl dekat tempat sejuk kan? hihi..

tapi chantekkkkk! banyak kaler, byk pattern..wuuu~

mampu menahan rasaaa jer XD

Saturday, December 18, 2010

temu janji cancel!

opppsss..hampir terlupa!

temu janji yang sepatutnya hari rabu lepas (15/12/2010) telah dicancelkan! huuu. sebabnye. "teman" saya tuh, on leave! ceh. so, dipostponed kan ke next week. ala wak, kalu takde temu janji tuh pun, saya sangat berbesar hati menerimanya juga. Hehe~

bukan temu janji apa apa yer. temu janji yang hasil dr medical check up itu hari. haha :)

8 letters, start with W and end with R


Tak semua benda dalam dunia ni kita boleh dapat

yang diharapkan lain, yang tercapai lain

tapi yang taknak tu la, yang bagus untuk kita

walaupun tanpa kita sedar

untuk dapatkan sesuatu, kita kena korbankan sesuatu

paling sakit, bila ia benda yang kita hargai.

menangis macam mn, sakit mcm mn. 

yang da berlaku, tetap da berlaku.

apa yang tertulis di hati, akan terpancar di mata.

mata bukan senjata penipuan.

ikhlaskan hati. redhakan hati.

InsyaAllah. segala akan berlalu dengan baik.


Wednesday, December 15, 2010

hari jalan jalan kami! ♥

salam! :)

hip hip hoorayy lagi untuk bulan ini! hihih 
nape?
mestillaaaa sebab i got permission from omma n oppa untk pergi melencong! haha. bukan melencong ke tempat tidak baik yer. ish ish ish. tapi hanya ingin watching wayang saje! hehe. thanks omma oppa! hihi. takpe. sebulan sekali, memadai. hehe~ syukur.

giler ah. lab pun tak sampai sejam da siap. haha. giler fokus dan tekun! hehe. students contoh nie :)
tapi dalam kol 1 jugak la kami gerak ke alamanda! coppppp! kami nak tengok citer ape? heh! ape lagi mestila ceritttaaaa

sangat best! biarlah ramai yang da tengok. tapi janji dapat tengok jugak! hahaha~ tak rugi woo~

tadi pun sempat gi melantak kat kenny roger's before wayang! nyum3. frankly la an, first time beb aku makan kat kedia kenny nie. hihi. mcm pathetic kan? tapi ade aku kesah? janji perot aku masuk makanan! haha. overall oke la makanan die. ayam plak. penah la an aku menolak kalu lauk ayam? hehehe .

pastuuuu, pas habis wayang plak..ternak lemak dengan makan BR plak. yeehhhaaa! hihihi..da lame nak rase. akhirnye dapat! syukur~:)
aku amik rasa ape ntah. da lupe. jaloba? jaleba? ape ntah. haha. tapi ade buah sikit2. pastu ade rase cappu sikit. (sape suro name pelik pelik? kan susah nak sebut?hihi)

pastu, dalam pkul 6.45 pm, balik la dengan perot penuhh lemak! ahaha.. ehhhh..sempat rembat jeruk jeruk sikit. bekalan time tengok citer korea nanti. 

overall, i got a chance to create some memories. :) eventhough, time tuh, ade sumting yang stuck dalam fikiran aku. huuu~


Tuesday, December 14, 2010

saat yang berharga :')

bersama family saat y paling berharga. kan? kan? setuju?
ok. aku da dpt cuti 3 hari! hemohemo~
giler bangga eh? of kos la. dapat 3 hari. tak lame pun. but still, Alhamdulillah~
sebb semua2 nak balik kampung. jadi aku nak tinggal ngan sape?
ayit plak suro aku balik jap, jenguk kampung. oke2~ saya menurut nasihat! ;),

ahad plak, ade dua kenduri nak pegi. dan menakjubkan, dua-dua kenduri tu, budak gemok tak makan nasi pun! just makan ringan ringan. diet katenya. hehe..well done la! tapi tang malam, die pekena nasi. ape?? hancur diet die. huuu~ 

time kat kenduri nie la, ade sorg pakcik duduk ngan kitorg. huu~ muke die bile tunduk, aku pandang nampk serupa sejibik macam muka arwah atuk! huu. sangat! faiz pun setuju! tapi bile die angkat muke, totally laen la kan. wuuu~ terus rindu. then gi jengah kampung. da kosong da. n depan pun da lapang. kitorg dapat duduk kat luar jer sebb kunci rumah kat paklong. so, takleh masuk. tapiii, makcik2 sekalian alam sempat dok gosip gosip. wooohhh! bak kate faiz, macam buletin utama malam ini. =,="

even aku tak wat ape pun kat sane. online pun idak. tengok tv jer. tapi kat sane aku tenang. untuk sekejap. except time tido la, kene terang benderang. hihihi~

sangat terkejut ngan faiz. ade ke tetibe die salam aku. aku da pelik da. nak gi mane nie. ghupe2nye die nak minta maaf, sebb die marah marah aku tadi. haha. budak nie. buat akak die terharu jer :')

Thursday, December 9, 2010

hari melawat pusat kesihatan! :)

rabu (8/12/2010) jam 1++ petang.

bermula la rentak langkah kami bertiga, iaitu sy, zera, dan safi ke pusat kesihatan a.k.a PK.
niat di hati adalah untuk medical check-up. saje2. langkah pencegahan awal kan? bagus tak kami?
hoho. dalam pukul 1.30 pm kitorg da terpacak dekat pntu belakang pk.semangat kan? tpiii..ces..tutp waktu rehat! pukul 2 baru buka. =,=

so, kami duduk la berborak borak sambil menunggu. da buka trus gi solat. semangat nie. setel setel sume trusla melangkah ke kaunter, nak ambil no giliran sume kan. wussshhh! aku da start berdebar debar! aku ada saket sikit. time nak jumpe doktor jer, berdegup kencang. time nak jumpe doktor jer, saket perot. padahal, takde doktor hensem ponn.=p siap boleh nak karang ayat jumpe doktor. huu~

sekali masok..borak borak manja ngan doktor siket..pangg! kene wat appoinment!
appointment? aku tak pernah wat appt..lagi lagi appt jenis macam nie. trus aku takott, down bagai.(propa jer lebih!)
appt ape? hehehehe. malu nak cakap. tapii memg rezeki aku ahh dapat merasa benda nie nanti. muahahahah!


gaya mcm gempak jer kan? :p 
tapiii takda pape pong..kate medical check up! :)
semoga semuanya berjalan lancar~

cik safi kene amik darah! hihi. tapi doktor kate sume ok.
cik zera plak dapat ubat gatritis sebab die asek saket perot. tak jaga makan. tapi die tetap degil~hoh. @_@
dan doktor kate die stresss sangat koottt smp sakit kat dada. koott? 

p/s : nie semua gara gara kene paksa pegi pk oleh cik zera dan cik safi nie. tu y leh dapat temu janji sebegini rupa. kalu idak, tak dapat la eden nak merasa benda alah nie. hahah~

Wednesday, December 8, 2010

idea datang sepantas kilat :D

Assalamualaikum! :)

rasa macam excited sebentar bila idea macam nie dtg sepantas kilat. hoh. bukan senang idea nak datang dekat aku. haha.

nak tau ape die? hehe.

akuuuu nak menjahit! :D
yela. since dalam wardrobe aku tuh punye la banyak shawls. lagi lagi yang plain kan? ade certain yang aku jarang pakai (tu la. membaziq lagi!) and ada yang corak corak juga. so aku terpk. nak cantumkan dua helai shawl menjadi satu! hehe. bukan cantum gune gam ye!!  tapi gune mesin jahit~!
aku nak cantumkan maybe yang corak ngan y plain. or plain-plain. masih dalam pemikiran. so. nanti bole la pakai two ways. two ways macam mane? mungkin ade yang da tau. tapi yang belum? nanti2 la tau. hihi.

tertanya tanya, nape la aku tak terpk dr awl. yela. aku nie agak rajin nak ushaa blog on9 shoppng. ada jer kalangan diorg yang wat shawl macam tu. jadi di sini. takde la aku nak meniru rentak gaya mereka ye! no no no. haha. tapi aku hanya nak mengurangkan bilangan shawls yang ada dalam wardrobe aku! jangan menyalah anggapkan niat aku sama sekali...hee~

dan mungkin kalu rajenn aku jual? sape tau kan? leh menambahkan wang saku. teehhee :)

tapi..tapi..erm. ayat atas macam propa je ye. agak la kan. sebab proses nak bermula hanya akan berlaku bila saya ada mood ye. ngeh ngeh. dan bila free ye! sebb skang agak bz ngan lab! hoh. jadi kene berdoa banyak banyak supaya mood cepat datang.  ;p

Saturday, December 4, 2010

cuti sem yang sangat la aku rasa macam takde cuti! wuu~
hanya disebabkan tesis, cuti cuti telah diambil!
kejam kejam. isk isk isk.

after 4 days treatments, apa lagi, kene la buat slide hari hari kan?
berapa hari?
kalu aku cakap 30 hari? wuu~
ya! kene buat slaid darah mencit tu sume selama 30 hari.
sebab nak tengok peningkatan darjah parasitemia diorg~

apa boleh dikata?
mula terasa keboringan!
sebab hari hari kami melalui proses yang sama.
pukul 8/9/10..datang lab. then start amik darah dari semua mencit!
ada la dalam 19 cages? and mencit are equal to 7?
berapa banyak ekor? isk isk isk.
terasa boring. jemu.
then dalam kol 1 siap. pastu turun ke lab fakulti untuk staining plak slaid slaid td!
pastu dalam kol 3 siap la.T_T

tapi sejak akhir akhir nie, bilangan mencit semakin berkurangan. so bilangan slaid makin berkurang la an?
agak bole hiphip hooray ke? ye. hanya sekali hiphip horray oke!  tak bole lebih!
but still, terasa takde life. petang jer da penat. wuu~
dan lebih menakutkan sebab eksperimen nie mcm da lari sikeeettt dari teori!
so kebarangkalian untuk re-do? macam ADA!
aigooo~ taktau la nak kate ape.

dan lebih menyedihkan lagi.
mak cakap. untuk seminggu penuh, mak nak balik JB. nak duduk kat rumah JB. which is dari 11/12 nanti sampai la 19/12. aku? TAKTAU!
mak tanye boleh cuti ker tidak?
jawapan aku? TAKTAU!
dan mak cakap lagi, kalau aku tak cuti, kemungkinan abah pun tak amik cuti la. sebb nak teman aku kat sini. which mean, abah akan pergi kerja macam biasa. semata mata aku ker? isk isk isk.
rasa macam tak patot plak. sebb aku tau, abah pun nak bercuti. nak balik JB gak.
aku? huhu. of coursela kalu ikut keinginan hati aku, aku pn nak balik JB gak. mungkin sehari dua? tapi aku pun taktau la. kalu tak balik pun mungkin takpe. tapi aku kesian kan orang orang yang bakal tinggal dengan aku nanti. aigoo~
hanya disebabkan lab, jiwa aku kegusaran untuk membuat keputusan.

Friday, December 3, 2010

manusia senang jer berubah. bila bila masa je boleh berubah. walaupun mereka tak sedar pon tentang hakikat itu.

sangat penat bila hanya kata maaf yang diucap berulang kali. tapi usaha untuk mengatasi hanyala sedikit. mungkin dalam 0.1%?

bukan kata maaf yang dipinta. bukan kemenangan yang dicari. bukan ego yang ditonjolkan. bukan hadiah yang diinginkan.
tapi hanya mahukan sedikit persefahaman. hanya sedikit perkongsian masa. hanya sedikit perhatian.
hanya sedikit. itu sudah cukup memadai.

hati ini tidak sengaja merungut. bukan la tidak mahu memahami.
tapi tidak kah engkau sedari, hati ini sudah mula terasa kepedihan? terasa dipinggirkan?  terasa akan perubahan diri engkau? tidak kah engkau sedar?

sudah puas hati ini bersangka baik. sudah puas hati ini mengalah. tapi makin lama, ia makin terasa perubahan itu. 

yang ia mahukan hanyalah sedikit. sedikit. susahkan untuk engkau tunaikan?

Thursday, December 2, 2010

suddenly, i realize that I just hate LDR!

I can feel the difficulties.

Wednesday, December 1, 2010

tolong ingatkan aku..

tolong ingat kan aku supaya berhati hati di jalan raya. huhu

dannnn..

sila bawa kete dengan berhemah..

dengan kelajuan kurang dari 100km/j..huhu

dan sentiasa mengikut peraturan jalan raya..isk3.

tolong la taubat..huu

Tuesday, November 30, 2010

Alhamdulillah. hari ini hati sangat lapang walaupun pada paginya macam tidak bermaya~!

alhamdulillah~ :)

Wednesday, November 24, 2010

currently.. macam suka plak dekat ayat nie

" biarlah orang mengumpat kita, biarlah orang mengata kita, biarlah orang buat kita, 
tu tandanya kita sangatlah popular! sebb tu die wat macam macam pasal kita"

ngeheheheh~ tengok! saye berfikiran sangat positif!kan?

pok! kene sepuk~

how i wish i can have that strenght

huh? tak habis habis dengan jiwaa kacau. sejauh mane kekacauan jiwa hang tu mira? heh. mira, ini hanya dugaan. I try to think sssoooooooo positive as I can. (see? nmpk tak aku sangat pikir positif?) tapi, kalu dengan memendam, dapatkah saya berfikiran positif dengan jayanya? mungkin hanya sedikit. 50%. mungkin 100% just for a while. hmm.

susahnya kan kalu jadi seseorg yang suka memendam? *angguk laju2* sangat sangat la setuju. adoiii~
how i wish. bila kite petik je jari, then ape yang kite pendam tu terus terkeluar? heh! sangatla mustahil!

susahnya kan kalu jadi seseorg yang suka memikirkan sesuatu y diluar batas kite. kalu aku cakap kat adik aku. mesti die jawab " haa! pengaruh drama la tuh!" ngee~ ohh. i just cant stop it. tapi yela.. penat sebenarnye kalu asyik memikirkan benda yang macam2. macam sangatla complicated tau! like novelist plak. memikirkan jalan cerita yang mantap! haa. mcm tu la lebih kurang pemikiran aku. teeheee!~ (leh tulis novel gini)

selalu berdoa, jalan hidup nie smooth as I want. tapi sangat la mustahil kan. kalu takde dugaan, kalu takde cabaran, kalu takde tangisan, mane awak nak belajar erti hidup wahai amira?huhu. *angguk laju laju lagi*

ohh. saat ini. dalm hati ini, ada sesuatu yang tersurat dan tersirat dan tersembunyi. sungguh! tapi tak mampu nk luahkan. or boleh saya cakap saya tidak berani? ohh. saya tidak mempunyai kekuatan itu untuk meluah. im not that type! huu. kan bagus kalu aku bole jadi mcm tuh? jenis yang senangggg jer nak meluah? jenis yang senanggg jer nak bercerita? jenis yang senanggg jer nak..emm..nak ape lagi ntah. haa! jenis yang outspoken? hmm. yes! outspoken! huuu~ kan bagus..tapi susah untuk saya sampai ke arah itu. nanti mesti muka saya akan berubah. kalu bole nak pintu kemana saja doremon tu. sebb bile da luah kan. nak terus pergi jauh jauh. pastu baru datang balik. huhuhu.

sebab? saya bukan jenis banyak bercakap. tp sy senang untuk mendengar. bagi la cerita ape ape pun. saya akan dengar dengan khusyuknya dan tekunnye. *sampai kerut kerut dahi*

tapi sape sape yang kenal saya dengan baiknye. dengan mendalamnye. they will know bile saye ok dan bile saye tidak ok. bile saya ceria dan bile saye tidak ceria. bile sy senang, bile sy susah. tapi ade ker? *berdoa dalam hati. dan cakap dengan yakinnya. ye. ada!*

ohh. could i just take one, only one painkiller? gulp. gulp. tak baikla. tak baik. jangan amik. nanti kau ketagih, lagi datang satu masalah! saya budak baik. dan tidak akn mengambil benda benda seperti itu! ape la. ish. what i need to do is. duduk diam2. pikir baik2. berdoa. pikir bersih bersih. jauhkan diri dari hasutan setan. emm.

Monday, November 22, 2010

satu titik..dua titik..tiga titik..berterusan non-stop



kecewa kah hati ini?

setitis harapan, sejuta kebahagiaan.

ada kaitan ker? heh. aku pun taktau ada ke tak.

selagi hayat masih ada, tak salah terus berharap.

hoping for a miracle!

Sunday, November 21, 2010

prepare for the battle!

tomorrow is the day uhh?

estimation date: 1 month!
venue : animal house, lab, UKM
bajet : Sdn Bhd.
pakaian? kasut sukan. baju yang selesa. beg besar. lab coat (bole y sndr punye ataupun yang disediakan)


barang keperluan? alat tulis. air minum. buku. bekalan makanan (penting!)

mau join? mempunyai sebarang pertanyaan?
sila hubungi *122# ataupun talian hotline yang berada di kaca laptop anda!


semoga semuanya berjalan lancar, dengan kesabaran dan ketabahan yang tinggi. emm!

Saturday, November 20, 2010

feeling useless


"should I just walk away?"

Thursday, November 18, 2010

aku diragut!

tolong tolong. apa nak buat nie..aigoo. huhu. sian la wahai hati nie. nape?

gigi aku saket! no. i mean gusi aku bengkak. aish.

makanya..

kenikmatan aku utk bercakap, utk ketawa, utk makan byk2 telah diragut!nak mengunyah sangat payah. sakit. nasi tu leh aku kate, aku trus telan jer without gigit. or x pun, aku gumam macam org takde gigi. huhu~ pagi pagi bangun mcm pipi besar sbelah! erkkk.

jadi..gedik2 la ngadu kat mak aku..mak aku cakap. nak tau ape?
"tu la. dr dulu kate nak diet. tak wat2 jugak. haa. gigi saket, tanda tak bagi makan la tuh!"

ohh. mak. pandai wat ya terkedu eh? nguuu~ aku serius. mak men2. aigooo~mak suro gi klinik. lagi sekali aku tanye sebb terlintas dalam pkrn an.

aku : mak, kat mane klinik murah area sini?(tiap masa aku dok pk, mane klinik murah? )

mak aku dengan selambanya menjwb, "klinik UKM kan murah?"

hoo. mak! urm2. aah kan. klinik UKM murah. sebb freeee jer..*senyum2 kambing* 
aku lupe dengan kewujudan pusat kesihatan itu. ohh~

pastu tanye2 la dekat sorg akak nie.hee~
die suro amik ponstan.aku xtau.impacted 3rd moral. partial eruption. pre ape ntah. huu~ ayat dentist. eden tak phm. ampun kakkk. nak tanye lebih2 kang, takot lagi panjang lebar akak jwb. takpe. y sy igt PONSTAN. nie gejala gigi bongsu nak tumbuh katenye. @_@

betul la kate orang. bole demam kalu gigi bongsu nak tumbuh. tapi aku tak demamm, aku kan kuat! cume pening2 tak sedap badan je! heeh! 

Tuesday, November 16, 2010

cares

once again and again. hati aku sangat berdegup kencang sekrg nie. kayaknya napa sih?

hati bermonolog sndr *mungkin nak mimpi besh kot mlm nie* hee~


dan syukur sangat2. kali ini, rumah akan penuh dengan manusia. heh. complete items!
aleh da selamat smp umah. we thot he won't be at Bangi for this raya. yela. since keje die tak menentu kan. tapi tadi die kol mak. n said "aleh nak balik gak" haha. nampak sangat dia da tegar nak ponteng keje. heh! takde la org menangis an sebb raya sorang2 kat jb? hehe! *thumbs up*

wan plak akan balik esok petang which i mean tuesday after habes kelas. ahh! tak sabar nak gaduh ngan die.
and kak syateen pun akan balik dr kelantan-bangi naik flight esok ptg. :)
campur tolak,darab bahagi..cukup 9 org! *love2*

preparation?
daun kelapa ada lagi separuh utk dianyam. barang basah semua da ade. ape die? aku taktau masak ape sebenarnya. heh. bajet chef besar la an? hihi. tunggu la mem lagi besar mule beroperasi. nanti tau la. hee.
kemas umah? takpe. tenaga laki ade banyak. aku nak dok goyang kaki jer. (^^") compem kene kuasa bebelan dari 8 kepala!

nota kaki: to peroottt paling boroi dalam umah! ye. yang paling besar tuh! hee. no worries. kami semua2 tetap dekat sebelah untk bgi sokongan. bukan kat sbelah jer. tapi tetap dekat belakng (utk menerima tempias put2..euuuwww~)
di depan juga (utk menerima tempias hembusan..urghhh~).insyaAllah. rezeki ada di mana2. semua kejadian ini ada hikmahnye. :') (aku plak y sebak.)

time to sleep2..esok kene gi setelkan keje!




Friday, November 12, 2010

life isn't that great until u know what life is meant for.

it is colorful until the day u went away..

why?

from life,  u know what is patient..

what is tear..

what is laughing..

u learnt how to give and accept..

problem comes..

but u shudn't run away. never give up.

that is ingredient in life.
hai! huh~ otak da tak berjalan sangat nak update ke benda alah nie. pandai buat, pnd ah men. huhu~

semua org kat fb dok bising bising. jadi aku pun nak kecoh gak ah.
at last! habis gak sem 1 tahun 3 aku!! (wpun da lame berakhir..hhihi)
lagi satu sem lagi utk aku truskan perjuangan! emm!
even da hbs pun. but still. a lot of thing i hve to focus on.
seperti?
THESIS. yeah. benda itu. sebahagian dr wajib konvo!
selagi tak hbs, selagi tuh, masih ade byk dugaan yang perlu ditempuh.
semoga kami masih tabah untk hadapinya.

tempat untuk LI pun menjadi masalah! huhuh.
why?
sebb certain kawan da dpt da tempt LI. but certain lagi belom.
jadi. compem la y belum dapt risauu. huhu. saingan pun makin kuat.
aigooo~!

and also. there is one thing. one thing that "da tertanam tertimbus" dalam hati nie. sangat dalam plak tu. taktau tanah jenis ape smp tertimbus dalam sangat. aigooo!~
kalu bole, xnak pk langsung. memg taknak langsung. biar la berlalu mcm tuh jer.
boleh ker?
i hope so! dengan izin Allah.

Friday, November 5, 2010

giveaways by kiszdoll!

hai! salam semua.
post kali ini sangat la bertujuan yer. bukan macam post sebelum2 nie yang suka merapu meraban. ngeh3.
ok. straight to the point.
korang nampk gambr kat bwh nie? cute cute kan semua? nmpk gebu!
sumpah tak tipu! :)

nmpk comel kan? ;p


warna, bentuk, corak sume adalah pilihan sendiri! menarik kan? kire kite flexible nak wat plushy ikot kemahuan kita sendr. :)


ape semua nie? motep letak gambar nie?
sebab..
kisz ada buat giveaway! =D
giveaway before this tak join, sebb lambat tahu tentg kewujudan plushies2 nie. ngeh3.
skang da tau. jadi nak cube naseb la!=D
sape kisz? 
semua leh tengok dekat link nie.

giveaway an. y aku paham la an. hehe.
join contest nie. n follow je cara die. n yang bertuah akan dapat hadiah la! *giggle*
kisz akan bagi hadiah kepada 3 pemenang mengikut kategori
kategori 1 = kategori untuk ibu2(untuk anak2 kcik mereka)
kategori2 = kategori student(skul,kolej or u)
kategori3 = bekerja...

bila buka blog die. haih. teringat zaman memborong2 dulu. hehe. 
kongsi beli dengan kawan. dan sangat la banyak yer. 
tp masyukkk. sebab pulangannye menawan.
dan menggumbirakan hati! tak tipu. betul. hehe.






hey2. inilah koleksi yang kami beli dari kisz. chantek kan? sangat kreatif. n believe me. she has an effort untuk puaskan hati pelanggan! no doubt. tak percaya? tengokla saja sheep dan cendawan di atas nie. time order, tu la 1st time die buat bentuk2 tu.. but hasilnye? awesome oke! hehe. and they look happy together :)

dan plushies ini sangat flexible nak bagi dekat sesiapa pun. tak kire usia bangsa dan agama! serius. 
try get one. dan korang akan percaya ape sy cakap. ngee~
memg tak rugi!

Wednesday, November 3, 2010

one step forward full with happiness =D

hai3! hati sy sangat senang sekrg. ho ho ho =D
susah kalu nk tengok sy seng gumbira nie. bukan sebab dapat makan free tau! ingat aku nie kuat makan ke haa? aku on diet ah! cewahhh. tipu sungguh. ngee~
tapiii, bukan jugak sebab dapat jumpe putera ensem2. ohhh. itu jauh sekali! pintu hati dinda telah tertutup kakanda sekalian. ngaaa~ perasan! hehehe~
lagi la sangt jauhhh, kalu aku cakap aku jumpe gu jun pyo! hahaha. sangat la mustahil. jumpe macam rambut gu jun pyo ade la! heheheh~~ tak baik ah. insaf2~ =D
tapiiii sebab~~ aku gi kuar tadiiii..gi MINES!
ahhhh. lantak la. korang nak cakap aku kecoh ke..aku propa ke..takat gi mines je pon. ape nak kecoh an? tp ade aku kesah? lantakla semua itu. janji hati aku senang dan tangan aku nak trus menaip. hahah.

dengan ini. sy ingin menyampaikan ucpn dr tulus hati suci sy ini. sy tidak memandang tempat2 y mewah, tempat y havoc, tmpt2 y datin2 dato' je pegi. ahh. sy tak pandang semua itu. yang sy pndg, sy tak kesah pergi ke mana2 biarla ke tandas sekali pun. asalkan akan terpahatnya satu kenangan indah di situ. hahahah. ayat sangat takleh blah. hehehe~ persahabatn itu sangt penting ye kawan2. biarla kita ikhlas walau mcm mn pun org itu. an? an? an? =)

sy juga ingin mengucpkan gamsamida~~ kepada omma sy y tercinta kerana memberi sy kuar berjalan2. hehehe~ sgt kesian la sy an. mcm tak penah kuar jer. apela. bukan begitu ye kawan2. cume pergerakan sy masih di bawah pantauan mak ayah sy. takpe. sy selesa mcm nie. syukur. :)

perjalanan kami turut disertai oleh geng anna. hehe. so total sume 4+5=9 la. hesh. ape la. tu pun xtau kire. hehe. smpai2 trus solat. :) kemudian? MAKAN la. ape lagi. lapar kotttt! even aku sarapan kol 11 pon, tp tetap laparrr oke. hahaha.

pastu? yes! gi men bowling! senanye bole hitung dengan jari jer berapa kali aku gi men bowling. tp. jari aku tak terkira sebb aku pun da lupe berapa kali aku da main. ngeh3. takpe. pasni compem dompem, aku pro men! lawan jom! hahaha~ tak baik takbur =p
pastu round2 pas solat asar. gi cari barang anniversary dila. oopps! hehe~

gi beli makanan sikit2. beli SUSHI jugak. gu jun pyo punya pasal! haha. tiba ja.
tapiiii! ingin saye ingatkan di sini sushi salmon tak sedap! dan yang seangkatan dengannye oke! huh. tak sedap. tak sedap. aku makan. meleleh2. isk3. muntah balik. huh. tekak melayu terakhir la katakan. haha. ade la bw balik sikit tok orang2 kat umah. bia sume blaja makan org jepun! =D

time maghrb abg aku mesj. tanye nak join makan mcD x? hajat di hati mesti la nak kan. hehe. pas drop mereka kat UKM. sy pun vroom2 la an. target kol 8 smp umah. jalan plak lengang. ehem. paham2 la. 80-100 km/j la sy bawa an. hehehe. paling slow la tuh~

tapi ghupe2 nye. mereka kelentong! saje je cakap mcm tuh supy sy balik awal! huh. jahat sungguh.
dan mal n faiz excited bile tau ade sushi. sume nak makan sebb 1st time an. haha.


tengok2! siap membahagi antara dua. so. dua2 dpt rase. haha.


 muke! punye nikmat la makan kan. hahah. padahal tak habis! =D

tapi egg tart mendapat sambutan hangat! nanti la syg2 sekalian. nanti kak ya masak lagi oke? hahah~ 

aku syukur sangat. sebab it end up with happy ending! setiap langkah yang membawa keceriaan. gelak ketawa. alhamdulillah. takde kate yang sesuai nak gmbrkan perasaan aku. hehehe. wah3. ayat drama sungguh!~ nggeee~

nak tengok gmbr kami jalan2? sila tgk kat facebook ye! ( tu pun kalu cik zera da upload kat fb..hihi)

akhir kata dr saye :)
sy sayang sangat2 sama itu dila, itu zurin dan itu hazirah! ikhlas dari hati sayeeee yang suciii ini. hehehe~

Monday, November 1, 2010

saya sedih..

sedih..

sedih..

dan

sedih..

T_T

nangis 1 malam pun tak cukup.

entry sempena penyambutan 1 november. :D

salam.


alhamdulillah. it a relief bila semua exam da habis. yay! rasa macam tak percaya plak hanya 3 paper dan 3 hari yang awal habis semua nie. dan rasa tension hanya untuk paper paper yang sedikit. haha.


tapi. for those yang masih belom finish exam, GUD LUCK! =)


rasanya macam baru semalam jer an aku dok bising bising banyak keje la. penat la. pening la. kecewa la. sedih la. semua semua la. rasa mcm baru jer aku cakap semua tuh. tapi da berlalu da masa tuh. haha. dok ngeluh ngeluh nak habis cepat. 


haa! ko! hamek! nak habis cepat kan. kan da. exam da habis da. dah habis satu sem da. maksudnye tinggal lagi satu sem jer sebelum kami betul betul habis pengajian dalam kos nie. hoh~ rasa mcm da tua. tapi perasaan masa ia berlalu tak dirasai. kosong. yeke? 


sebab keje yang menimbun nimbun, so tak rasa masa berlalu dengan sangat cepatnya! even da habis exam pon, assignment arab tak siap lagi. hahaha. menangguh je. kan da. padan muka. orang bole tarik selimut awal malam malam, bole golek golek tengok cerita, kau tak habis lagi keje. hehe. takpe. redha. nasib badannn. satu je lagi keje. pastu heaven tok sementara! hehehe


nape sementara? sebbabbbbb..nanti da start lab! dengan masalah lab tak setel lagi. kene tambah keje tok lihat toxicity. xtau ah gano nak setel. jumpe dato' pon idak lagi. kalu ikot cakap Dr, macam kene mula awal. tapi ntahla..haih. tengok mengeluh lagi! hahaha.


mengeluh la. cakap la ape pon. lambat lagi ke. ape ke. bak kata makcik ani(kawan mak) "lambat laun ko kene lalui gak" (ani et al 2010). hahahah. baik makcik. saya paham! =p


da cuti sementara nie mcm banyak la benda aku nak buat. antaranya? KEMAS BILIK! bilik macam tongkang pecah. berhabuk! setebal 1 inci wa cakap. apa punya anak dara la. mak mak tengok compem reject aku jadi menantu! hihi~


pastu. pastu. nak jernihkan keadaan yang keruh. huh. wish me luck! semoga sentiasa jernih la an? ngee~


pastu? nak sambung download cerita. gali gali laman web. dapat? terus click download here! sekali takde subtitle after download! ape kes? T_T


pastu. nak joging la. atas katil! =))


macam macam lagi aku nak setelkan benda benda yang tergendala. heh. orang busy la katakan. keliling pinggang ada keje. bukan keliling pinggang ada laki! hehehe.


so, challow~

Saturday, October 30, 2010

tak terluah oleh kata kata. hanya mampu bagi sinaran mata jer!

this is what we call life. tak semua kita bole dapat dengan sekelip mata. lagipun, tak semua barang yang kita mahu berfaedah. kan? dan yang kita taknak pula y kita dapat. takpe. ade hikmah di sebaliknya.

nie la situasi yang aku kene lalui sekrang. dimana bila jalan jer, i'll have to close my heart! bile jalan jer, tutp mata, tutup hati. berulang ulang kali yer. sampai satu tahap..urghhhh. aku da tak tahan! sedihnye alahai rasa hati nie. hanya mampu berdoa semoga bertahan untuk jangka masa yang lama. haish~

sebab ape kene tutup?



sebabbbbbb bile bukak jer..habis la! fulus pun akan melayang. confirm 80% aku akan beli gak barang barang yang aku berkenan. baju, beg, kasut etc. confirm, aku akan membeli! or omputih kabo shoppingggg lor. hahaha.
ayat nak propa je ye. =p tajuk apetah lagi. haha.


sekarang masa untuk berjimat! emmm! baixa!

=))

Thursday, October 28, 2010

tagged by cik zera~

waaaahhhh..1st time la main2 tagged2 nie an. hehe. dulu men kat fb jer~ ok. jom start!

1. Adakah anda rasa anda HOT?
ngeee~ kalau aku nak angguk pale bole?haha. wah. aku memg HOT~ gilerr tak HOT. tu y trus bersiram tadi~


2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!
alamak!! zera! aku taktau cane nak tunjuk wallpaper lappy ku..wuuuu~ jadinye, takleh tunjuk..hehehe

3. Cerita pasal gambar ni.
tak paham bhs la soalan nie. aku tak pat nak upload wallpaper~jadi tak pat la nak jawb..ihihihi

4. Kali terakhir makan pizza
ermmm..aku nie short term memory loss sikit. tak ingat la bile. T_T tp dgn family la. aku igt sebb time tu aku kene kutuk pakai tudung sarung. hehehe~

5. Lagu terakhir anda dengar.
lagu citer korea! jangan tanye tajuk sebb aku pun taktau. =))

6. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ini.
korek idung. haahah~ caye tak? caye tak?

7. Selain nama anda sendiri, anda dipanggil nama apa?
hooo. kak ya ada. mira ada. ya pasti! jarangggg sangat org pagl ira..tp ade la y panggil~haa. y latest! bini gu jun pyo! ngeee~ i likeee~ 

8. Tag lagi 8 orang (buatlah kalau rajin, tak wajib, harus saje)
urmmm. zera. aku mane ade ramai kawan blog?

-kak haida
-siti anis
-anis biochem~
-kak mas.
-kak reena?hehe~
-wani amin~
-ika honey bunny.
-nabila adnan.

(naseb baik cukup orang~)

9. Siapakah orang no. 1 kepada anda?
dia? ehehe. dia la kakak aku! hehehe~

10. No. 3 ada hubungan dengan siapa?
xtau! nanti aku gi tanye dia eh~

11. Bagaimana pula dengan no. 4?
oh~ die nie complicated..hihi yeye jer. tak penah jumpe depan2.tp die awek kepd kawan baik oppa~hahaha~

12. Kata-kata cinta untuk no. 2.
 sayang! haha. die geli kene pagl syg. tp sekrg tidk lagi. hehe. thanks for everything!! susah2 jagn cari kite tau. senang2 jer cari. nanti leh gelak2 same2. hehehe. gurau jer! love u la! nanti2 addeeee maseee banje kite makan oke. =))

13. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengetag anda.
zera nie tingggggiiii sangat mcm KLCC woo. ok. tipu.
die sengal
senget
mereng
baik!
hehe. oke. cukup 5. tp y kelima pndg sebela mata ye. hihihi

oke! aku da jawab semua. compem sume A++! hehehe~
don't take tooo hard for what've been written here, arachi?? hehe~


 


Tuesday, October 26, 2010



is this what love called?

i better close the door
before wind blow it !

Monday, October 25, 2010

words cant describe one feeling

Adakalanya kita perlu menangis.. 
Agar kita tahu hidup ini bukan sekadar ketawa 
Adakalnya kita perlu ketwa.. 
Agar kita tahu mahalnya airmata 


i might be the loser one when comes to confess. sharing part.
i know. i can't cover my face.
what i see, what i feel, what i think, what inside my heart.
i keep it all alone.
why?
because i don't know how to story. 
i don't know how to share.
when/ how to start.
what reaction should i give.
i am clueless!
it's better i just keep it silent.
but after all, i'm comfortable with listening.
that why, i choose silent rather than talking.





Friday, October 22, 2010

it just the beginning. selamat maju jaya Dr Halimah.

salam! it has been a while i didnt updated this blog! hehe. eceh. speaking london la ang. berterabur!
takpa2. belajaq. nanti mane la tau, jumpa ngan mat saleh nie sume. leh bagi ayat penangan sikit!~ =)

it comes across my mind. others might feel it too. biar la kite mengeluh macam mn pun. kite penat macm mane pon. kite marah mcm mn pon. tension. sakit hati. but tanpa kita sedari..kita da lalui pun hari2 tuh. and has something bad happen? nope! what to say? Alhamdulillah~

example la an. this week has been a very hectic though days! tak percaya? banyak keje la. test lagi. assignment. keje lab. masalah lab.report. mengeluh2. but at last, kitorg da submit pun keje tuh. dengan successnya. wpun terpaksa berjaga malam. tapi siap jgak. tapiii skang baru trial. y real punye lab tak dapat la eden nak bayangkan.

after this..kami semua kene addicted kat benda baru. ape dia? huhu~ kira ini parasitemia la until cecah 1000 lebih. wow. tu y dapat mata panda free~ hihhi. bayangkan la. time real punye. tiap2 ari kene amik darah. kene smear kan. kene tgk bwh mikroskop. kene kira kira. sampaiiii laaa hari ke 30. yeay!

ini la peluang. sape nak keje ksong??! 
meh2~
tolong saya kira ini parasitemia meh. no worry lumayan punye upah! =p

jangan pernah mengenal erti putus asa. sebb putus asa tu pun tak pernah ada dalam diri kita.

___________________________________________________

petang tadi. saat sambutan persaraan n birthday one of my lecturer. PM dr Halimah. syiiokkkk woo. dapat kumpul ramai ramai. ngan lecturer ini adalah pernah ada krisis. tapi tu zaman dulu la. zaman kami anak anak jahil sikit. skang kamiii sume da baik~ :)
gonna miss her. emm! 
one thing. bila kumpul kumpul macam nie an. rase mcm kami rapat akrab! even dulu tgk die mcm kuat bebel ke ape. hehe. tapi senanye die baik! seyes! keibuan die nmpk bile mcm nie.
semoga beliau sentiasa dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. amin. =)

___________________________________________________

.we should be flexible to everyone.
agree?

:)


Friday, October 15, 2010

tengok cerita sedih sedih pun awak da bole tangkap leleh ke mira??


adoiiii..memg sah hati senipis kulit bawang! tapi nie lagiiiii nipis!


='(

Thursday, October 14, 2010






she just couldn't describe the voice. the voice that cmes from her heart. the beats, it is aching. deeply. but weirdly, for no reason. it's nothing. she can't understand nothing. she is thinking for a blank thing. her face looks worried. look tired.

her self-confidence is low. very very low. and she can't cope it. truly. surrounded by clever intelligent high-confidence level voice out loud etc, make her becomes more down. because, she doesn't has all that. ='(

Monday, October 11, 2010

tetibe jer teringat sume kejadian dulu duluuu. huh. taknak igt da. plisss3.. pegi jauh2..
wat sakit hati jer kalu igt~

Sunday, October 10, 2010

cerita combo punye!

last friday, was our hectic day! yeke? betullllll..tak tipuuu. haaa~ pagi gi rumah haiwan, cuci sangkar anak anak kami. pergghhh..busuk giler! cayala. mereka berjaya menghasilkan perfummmeeee yang sangat enak! *thumbs down* tapi semua anak anak kami da lemah :( da tua la katakan. huu~ jadiii.. kami buat? buat anak baru la! hoo~ bukan2. buat stok parasit baruuu. dan! wat slide. sebab? nak tgk darjah parasitemia dia la! haha. tu la keje nye nanti.  cucuk cucuk, amik darah, kira kira. wat data. tadddaaa. siap! huu~ tapii kami ade cara mudah! hehehe..
kami tangkap gambar jer dari mikroskop. nanti kira la sebiji2 kat laptop. ok. semua da tau cara nie. propa jer lebih. aha. makin rajin la lepas nie. hehe.
_____________________________________________________________________________________________

time nak balik plak. dalam 3.45, abang call. ajak gi tgk wayang kat alamanda. aku ape lagi. jom! pkul 4.30. kira aku trus ke sana la. wow! tapiii..diorg dok call..dekat mane? dekat mane? nyahh jadi tensii tau! last2 cakap xjadi la nak pegi. huh. tp abg call lagi, ajak lagi. kire pujuk la eh? haha. ok. jom. huhu. kire nie la 1st time aku drive jauh dari bangi. eceh. jauh sangat. drive sorg. time tu pukul 4.15. aku bajet before 4.30 sampai la. pas kelentong, aku da de kat traffic lite sg merab (padahal kat roundbout bangi lagi), trus aku pecut. uuu~ memg before 4.30 aku smp! yela. 4.29, kire before 4.30 la an? haha. semput aku berlari. smp ade cempedak jatuh kat tangga! haha.oke. tipu. tapi abang aku jatuh kat tangga sebb excited berlari. haha. tgk citer jangan pandang belakang congkak 2. kelakar sangat. tapi, hati aku dupdap time nie. hmm~ jadi tak berapa ade hati tgk wayang. ade2 jer.  
tapi, nie kire last la aku nak drive jauh2 mcm nie without minta permission dr mak. wuu. lepas nie nak kuar, kene mintak permission. promise!! emm! (sebb time aku takde nie, mak ngah bertungkus lumus wat keje umah plus layan gemok. bersalah plak)

______________________________________________________________________________________________

cerita ketiga! hehe. rinduuu faiz! huh. kakak yang gedik jer. haha. yela. 1st time di gi rombongan jauh. cameron highland! huh. aku pun tak jejak kaki lagi. die da pergi. ciss! klaka jer. die sangat la menghitung hari nak pegi. tp bole lagi tanye. " aish leh ker jauh ngan mak nie?" ahahha. ape la adik aku nie. siap nak bawa diari sume. aku ape lagi. kirim la mcm2. haha. petang jumaat tuh, die suro balik cepat sikit. sebb nak masuk lagu. sori gemok! kakya lambat balik. haha. matang rupenye adik aku nie. sebb before naik bas, die pesan mak aku "kirim salam kat abah ea" pastu trus die naik bas. budak sume bye2 dr bas. die trus senyap jer. lambai sekali, trus senyap. sengal punye adik! haha. dahla pesan, jangan kol dalam bas. nanti die malu..haha. 

______________________________________________________________________________________________

plan last minute lagi. kitorg balik kampung! hehe. ada hal sikit. wuu~ balik kampung kali nie la, pengalaman aku yang tak leh aku lupa. selalu tgk kat tv jer. nie depan mata plak. aish. meremangg bulu roma aku segala. balik malam nak tido, tempah awal2 ngan mak, nak tido ngan mak. haha. sori abah, tido sorg2 ea. hehe.

jangan pernah ragui kebesaran Allah. :)

prepare tok lab hari esok plak!~ darjah parasitemia da lebih nie~

Thursday, October 7, 2010

haih..runsing aku..
nanti cukup 40 kali kang, aku jadi betol2 kang..
nanges tak berlagu plak kang..
huuu~
apela..wat hati aku makin mengecil jeerrr..haih~

Tuesday, October 5, 2010

ini bukan satu keluhan

Journal? submitted!
Poster? done!
"what a hectic week?"
oh. oh. error! mistake!
what a hectic sem la~?
haha..kalu sebelum nie, aku masih lagi boleh minta tolong mak antakan gi kelas..
tapiii sekrg? no..no..no..tiada lagi..
sebab like everyday, kene gi lab..lab..n lab..
kalu x pun, gi 1152..(no ekor tuh!)
so..balik mcm tak menentu..taknak menyusahkan mak aku..
oke. redha la drive sndr.isk3..
aku dpt nmpk kelangsungan fulus aku yang laju.
takpela. sebb aku jugak y gune kete tuh.
n da nmpk kepercayaan diorg bagi kat aku.
even takde la smp ke luar area bangi.
but still thanks! aku takkan hampakan.
yes. i know the function of the car. :)

till now, sume mencit2 tuh da 3 minggu adaptation!
3 minggu? ape hasil?
mestila badan2 y sangat la gebu! kalah y menjaganya. hui2~
da try amik slide darah sume..cucuk IV (uhh..lecehhhh)..IP? lagi laaaaa~~
tomoro kene amik darh dr stok baru. nak tgk darjah parasitemia sume bagai!
kalu da smp 30%, leh la mule trial..trial oke?
trial pun da mengagau..nie kan plak y betul?
hoh~~
tp syes. like seriously (muke seyes)..sgt penat. ntah. penat ape pun xtau.
tapi penat la. mcm nak cari pengganti wat sume keje n me? 
dokkk rehat2..gi spaaaa~ waaa..heaven~~

Tuesday, September 28, 2010

jangan sekali kali berdendam ye.

i got this kind of experience/s.
tp takpa.
cara aku senang. biar orang buat kita, jangan kita buat org.
lawan lah seseorg dengan senyuman.
berdiam diri bukan beerti kita mengalah.
tp ibaratkan kita sebagai air.
wah3~
tp aku cukup pantang kalu jadi kat org2 y aku syg.
nak tangkap leleh pun ada. tp tahan.
pe kes nak leleh2? tak brutal la beb! hahaha.
susah kalu keliling kita penuh dengan org phd. :)

p/s. takdak kaitan ngan org sekeliling aku :)

Saturday, September 25, 2010

i only have one heart,

but now. it has broken.

Friday, September 24, 2010

rase nak kahwin la. bole tak?

pastu dok umah jadi suri rumah tangga yang berjaya!

setuju?

*angguk2 kepala*

Thursday, September 23, 2010

alahai~

hey mira..ape lagi dok ngeluh2?
asek mengeluh jerrrrr..
tak reti nak bersyukur ke? huhuhu~

takdela..tapiiii cheq rasa sunyi..
umah senyap jer...
sebabbbbb, sume balik jb sebb ada mslh siket..
execpt aku mal n mak.
maknanya..budak gemok pun ikot balik jb...!
tak adil!
aishhhh.
boring plak rasa. takde org nak kacau.
tu la. time ade depan mata, asek nak gado.
huhu..
rinduuu wpun baru berapa jam tak jumpa.
haha. gedik ja!
rindu nak gaduh jer!

Wednesday, September 22, 2010

my patience has its limit.tq.

tolong jangan bagi aku marah. 


sebbbbaaaabbbbb


aku jarang marrraaahhhh


taappppiiiiiiii..


once aku da marah. aku bukan aku lagi.


sifat marah, it doesn't suit me at all.


aku tak suke ah marah marah nie..


sebbbabbb?


sat gi cheq yang hujan kilat!

Monday, September 20, 2010

cakap cakap raya

cuti yang sangat la heaven!
why? why?
sbb cheq tak bukak buku langsung~! bw pon idak la an. haha.

tetibe terpk, abah. kite beli lori nak? ke bas ke? ;)
sebbbbbb..kete skang. MasyaAllah. aritu FULL! kat belkang tuh, fuh2. sian la si mal. dok ngan barang2. tu baru 6 org tuh. barang barang. macam nak dok jer kat JB. xnak balik bangi da. hihi.

khamis pagi before raya.
ngah syok tidoq nie. mak tetibe kol. igtkan nak suro bangun.hihi maklumla. penat naik tangga, kol jer. suro bangun. haha. tp kali ini tidak.

mak : ya. tido lagi ker?
aku: emmm. (mamai lagi nie)
mak : bangun. mak nmpk beg chantek nie. lawa!
aku: yeke mak? mak katne nie? (segar da nie. senyum2 kambing da)
mak: kat pasar tani depan umah. chantek. ada bunga kat depan. nt ya pegi la tgk.
aku : ok!

pastu trus aku semgt nak gi mandi sume. haha. excited giler. bile turun bwh, mak da senyum2 nak gelak tgk aku. haha.
pakai je tudung sarunggg, jom aish! teman kak ya pegi~
kitorg pegi la jalan kaki ke depan.

aish: sedara mak y jual beg2 tuh ya.
aku: haa? yeke? ala..nape tak cakap awal2. segan la cani. da la muke mmg muke baru bangun tido lagi nie.huhu
aish: ahh.takpe.pegi jer.

malu ja. kalu cheq tau die sedara mak, takde eden nak pegi. haish.
usha2 beg. gulp. biase2 jer.haha. tgk beg y mak cakap. hahahah~~ chantek tp da ada kawannn pakai..hihi. takpe. gi usha len. nampk y berkenan. tak la berkenan mane. tp taktau nak cakap cane kat makchek tuh y cheq taknak beli. dahla die ikot jer belakng cheq. huu~
melayang duet raya aku..
takpela. wat beg basahan oke pa. haha.

ptg tuh da masak2 untk raya besok! ;))
mlm da pekene lepat suma.haha.

aktiviti malam raya diubah. haha. kiotrg gi ronda jb malam raya. lagi2 kat angsana! mak aih! ramainye manusiiiaaaa. baju pun chantek2. lelong kuih raya sume. jakel pon lelong carpet! haha. tak larat la nak pusing sangat. 11 lebih mcam tuh, balik.

pagi raya memg rasa sayu. seyes. rase raya tuh takde la berkobar2 mcm zaman dulu2. dulu2 ade la nak gi jenguk kampung. sehari be4 raya, balik kg, kemas kg. wat ketupat. masak2. y best, riuh rendah sanak sedara kat kampung. kacau dodol. main mercun. time malam plak, nk tido, mesti bersusun jer. haha. esok pagi, berebut toilet. haha. tp sekrg sume da jadi nostalgia. rinddduuuu~

pagi kol 9.30 da kuar umah. gi jenguk kubur arwah atok nenek belah abah mak, sedara. sebakk. takpa. tahan lam hati. :( gi raya2. smp la petang nak maghrib. fuh. penat la.
tppp sssyyyiiokkk dapatt duit raya! wpun time dapat malu2,tp akhirnya,,amik gak ngan gumbira~ haha.

ahad plak. wat makan2 kat umah. wat kumpul sanak sedara. riuhhhh. ngan bisg ngan nak kawennye. haha. photo2 nye. tp eden malas nak uploaddd. haa. 1st day da tadak nak amik gmbr da. sebb tak cukup org. huu~ 3rd raya la baru dpt. tp bukan ngan baju ghaye la~:(

atok, nenek..ghinduuuuuuu~~T_T
memg tak dapat dinafikan, hati aku tenang bila kat jb. wpun jb banyak kete. flyover sana sini. tp ntah. rasa dok kat jb len dr kat bangi. mungkin sebb tak bw apa2 buku. haha. :')


Followers