Thursday, March 31, 2011

currently, liking this song..:)

after a hundred days

hey. salam :)

pukul 2.23 pagi. tak tido lagi. sebab? menaip. kesan? jari semakin runcing. aww~ kelentong sangat. eyebag makin nampak. muka makin lesu. semua bahana tahun akhir. takpa takpa. struggle sekrang. InsyaAllah, nanti akan terasa nikmatnya :') haish. dah lama plak rase aku bercakap dengan kawan aku. semua gara gara aku tak berapa nak ada mood nak bercakap cakap, bercerita cerita. heh. to anis: sorry. kalu anis mesj sume, i didn't respond. pasni, after habis semua, i talk2 with u eh :) to debab jugak. naseb baik ko paham aku. heh.

oh. ritu..ahad 27hb. hehe. syok. after beberapa bulan tak jumpe, akhirnye jumpe jugak ;) alhamdulillah. heh~
tak suke dengan ldr senanye tp aku selesa. camne tu? tak suke tp selesa? heh. takpe. pengorbanan. pasti ade hikmahnye :) i believe in that.

jarang sangat jumpe. boleh hitung dengan jari jer. masing2 ade komitmen. masing2 bz. ritu pun men taram je nak jumpe. since die kat seremban. hoh. macam la sorg dok malaysia. sorang dok oversea kan? susah beno nak jumpe. haha. tapi takpa. suke jer canie.

p/s : bercintalah kerana Allah. pasti akan terasa nikmatnya. insyaAllah :)

Wednesday, March 30, 2011

fuh! *tarek hembus nafas dulu. dengan mata menahan ngantuk*
banyakkk giler keje terbengkalai. contoh? kain yang disidai dua hari lepas. sejuk sikit sikit. gi garingkan dulu. hehe. baju yang da diangkat. dua bakul penuh. lipat siap siap. baju yang tak dibasuh lagi. tengah putar. tunggu lagi beberapa minit. kene basuh jugak. kalu tak nanti menimbun. ngaa.


itu la yang jadi bile balik kampung sabtu ahad semalam. tapiiii aku sukaaaa! hehe. da lame giler aku tak balik kampung! sangat lama. mungkin dalam sebulan lebih? hehe. sampaikan akak sedara da ade anak pun aku taktau. baru smlm tau. pathetic giler! -_-"

esoknye,pagi pagi da bangun. kemas kemas umah. siap siap. pukul 10 baruuuu gerak. tapi tak silap aku ade orang tuh cakap kol 9 tau gerak. -_-" kol 1 lebih sampai. makan nasi ambenggg! *marvelous* pukul 3 gi umah mak oteh. fuh! giler lama tak merewang. kopek bawang je keje. pastu part hiris bawang puth tak tahan da. sampai pijar tangan nie. getah die. perghhhhh. tak menahan beb! ahad time sanding pun same. bz nak mampus! tak cukup tangan. yang muda muda semua da gendong anak. huh. yang laki laki ke hulur ke hilir bawa makanan topup. tapi meriahh. kugiran die best! not kugiran yang orang tua tua. tp yang muda muda. ala ala band la an. ;) sore pun sedap. lagi lagi sang jantan! haw haw haw.

malam nikah. chantek pelamin! sangat chantek! ade 4 kerusi untuk 2 pasangan.hihi. tapi tak amik gambar plak. tema purple pink. seyes chantek! kaler lembut jer. heh. nie yang tetibe mood gatal masuk nie. tengok orang semua kawen kawen nie. tergugat hati beta. eceh! hehehe. tapi mase nikahhh..hahah! blackout la plak. biase la. macam tak pernah rasa kan. kan. kan. hehe. overdose letrik laa. adat la tuh. gimik. =p

balik dalam kol 4 petang, tapi singgah melaka tuh. lawat orang saket. melaka memang banyak traffic light eh? sepanjang dr hospital tuh smp la ke tol simpang empat (kot)..ade la dalam 17 traffic light. tak menahan. setiap satu dalam dua minit lampu merah die. lameee jer rase. tetibe aku rase macam jauh sangat jb ke bangii. dr 3/4 jam..terus jadi 5/6 jam. huu.
*hospital melaka*

tapi. puas la balik nie. sebab da lame gilerr tak balik. ohh. jumpe gak sedara belah mak. heh. rindu. :')

oh. the day before balik kampung tuh. dok pulun pulun balut hadiah. alkisahnye, mak suro beli dua pembalut. tp aku degil. nak beli satu jer (bajet besar macam kertas majong la kan pembalutnye). sekali kecik. -_-"
pulun2..bagi nmpk muat bagai semua. dan jadi la..


tada!.heh. sgt tak kreatif. tp aku suke. kombinase hijau(pembalut) dan cream(reben) memg masuk! ngee~ tp bukan aku buat sorg senanye. hehe. kak atin tolong same. hehe! oppss!
takpe. len dari yang lain :)

perghhh.citer yang terbengkalai. same macam baju2 yang tak berlipat! terperuk jer dalam draft. heh~ nie citer dulu2. nape aku cakap dulu2? sebab aku tak igt pun bile nye jadi. tp dulu2 la. =p

Sunday, March 27, 2011

acik..auntie..akak

hey assalamualaikum! :D

lame sangat tak update ye? hahah. quite bz sekarang nie.. semua dateline keje dekat dekat. (padahal diri sendiri buat keje last minute.pdan muke!) tengok kan kene tgl lagi. :'(
demi kerja uollss. takpe kene tinggal sekejap. pas habis semua ini, aku nak rehat puas puas. gulp. ehh. tak boleh. nanti nak praktikal pulak. ngaa~ bile nak rehat? *sila jawab sendiri*

hey. sabtu lepas. saat aku tinggal sorang sorang kat rumah. ce teka sape datang? tak tahu? ce cite..ce cite..haha
jeng jeng jeng


si adek dan si abang. *rase macam nak gigit jer si abang*

siapa mereka nie? yang pasti bukan ultraman. bukan spiderman. apatah lagi power rangers. hahha. diorg nie anak kat kak fida n abg wan. :) dr dalam bilik, aku dengar bebudak nie bagi salam. bukak bukak jer pintu.

si abang: acik.acik. bukak tv. nak tengok karton.

hahah. salam pun tidak lagi. adoyy. da suro bukak tv. -_-"

yang si adik pula "acik faiz mane?" "nenek gi ane?" heh. habis bile dua dua da pandai cakap. meriahhh sungguh rumah time tuh. *yela. aku tinggal sorang time tu. kire peneman sudah datang! hahah*

tapi! cop! perghh. dulu diorg baik jer panggil aku akak! sekrg da tukaq nama. sejak bile diorg pndai pgl aku acik nie. ish3. heh. melayan kerenah diorg, sumpah aku penat. tp best. haha. tp tetap penat. aku gi dapur diorg ikot. gi naik atas, si adik ikut. kalu ade mainan kat tangan aku, lagi la dua dua ngendeng, pastu berebut berebut. pastu tarek tangan aku "acik..acik..turtle..turtle" sudah paham la aku. haha.

paling tak tahan si adik. tetibe minta aiskrim. tp pelat sikit la "ekem"..kitorg smua tak paham. tapi si abang yang jadi tukang translate. haha. ape la. nak eskrem. rumah nie mane ade simpan eskrem. ikan ikan adalah. mau? hehe.

tapi. tungguuu. dalm perot kak fida ada lagi yang menanti. hehe. mungkin bayi perempuan. mungkin bayi lelaki? habis. bertambahlah hero! heh. tapi ape ape pun, semoga kedua dua sentiasa dalam keadaan sehat.:)

p/s : ari sabtu ku yang suram itu, tetibe menjadi ceriaaa~ dengan datangnye dua bulat ini. hehe.

Tuesday, March 22, 2011

before mula bertarung. aku nak wat short entry. pendek jer.
matlamat aku kali nie. hahah.
after siap jer draft thesis nie. lagi lagi prart discussion!
pas submit tuh! aku tak kire. aku nak makan macam macam pastu!
lagi lagi. cheese cake!
selagi tak siap. selagi tuh, takleh makan macam macam.

ok. siap.

kawan baik

Bukan senang nak cari kawan yang baik...
Bukan senang juga nak jadi seorang kawan yang baik…

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dgn kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya
untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu
menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari
bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan yang baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan
yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya
untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya
untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya
mempunyai ramai kawan baik,
kerana kawan yang baik tahu
apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan
dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat.
Di dalam doanya,
kita adalah kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita adalah kawan yang baik jika kita
faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita
tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik
akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita
tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Dan ingatlah…
kalau kita nak dapat kawan baik yang baik,
kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik
kepada kawan baik kita... 


…sEMoGa kiTa mEnJaDi sEOraNg kAwaN yAnG bAiK…

sangat suka ayat nie semua. di tag kat fb. janji pinjam utk letak dalam blog. :)

kau abadi di hatiku

Allah tidak pernah membiarkan hambaNya terus berada dalam kesedihan. Suatu hari, awan mendung tetap akan pergi diganti dengan pelangi yang sangat cantik. Bukti kasih sayang Allah kepada kita semua. :)

pergh. tajuk tak boleh blah pulak kan? haha. tu abadi punye trade mark. pinjam la kejap jadi title jadi la kan? :)
sabtu lepas. ade dua event, dan ini menjadikan jadual aku full hari tuh. bajet bz punye orang la an. nak jumpe, sile wat appointment =p

pagi sampai petang, intervarsiti kat ukm. (naseb dalam ukm je). tentg pembentangan thesis. dari seluruh pelosokk tempat (hahah!) ipta dan ipts. gambar? tiada dalam perkhidmatan. hehe. aku pun bentang thesis jugak kat blakang. pasal sinergi. best! try baca. :)

malam plak dinner amin.. eh eh eh. aku kan alumni amin :) datang dalam pukul 8.30. pastu kalu 3rd year memg jalan atas red carpet. malu plak rase. haha. meja mampat sgt. ruang jalan sempit jer. makanan. aku cakap pasal makanan? kali ini aku pandai cakap, erm, makanan die biase biase jer. tak dapat menandingi selera aku. ahahaha. =p. persembahan boleh la. ade yang wat aku terkedu. wat ketawa. wat tergamam. semua buat buat la. tapi part sedih takde. nak watpe sedih? HAPPY MOMENT kot time tuh! =)) simpan baik baik dalam hati.

"kawan beribu berjuta boleh kita cari. tapi kawan yang ikhlas, yang baik, yang jujur, yang susah senang bersama, yang kita selesa, dan segala yang, hanya satu dalam sejuta"


"hargai kawan kawan kita seperti tiada lagi hari esok untuk kita bernafas"


p/s: sya sayang kawan kawan sy! :')


p/s : asek kene tinggal jer kat rumah. mak abah asek balik jb jer. ohh. ohh. nak ikutt! :'(

Friday, March 18, 2011

craving for foods! =D

hei! :)

taktau la nape sejak kebelakangan nie tekak terasa nak makan banyak banyak dan sedap sedap. dan tempat yang dipilih. gulp. boleh tahan mahalnye. hahah. tapi, takpela kan kalu try taste sekali. then cukup la. kan? kan? kan? better try once than never. ececece~ =p

nak tau ape die?

1) ikea's meatball!. aku selalu tengok orang sekalian fb makan benda nie. n feedback semua bagus bagus. jadi aku nak try!

2) seoul garden lagi. serious. makan sekali hari tu macam tak cukup plak. hehe.

3) chilli's. tgk die punye portion of food. gulp. puasa seminggu tahan nie! nmpk yummy sangat :D

4) tutti frutti. yeah! da de kat bangi. tapi xleh makan selalu. satu mangkuk da cecah belas belas.

5) full house. tgk tempat pun da kawaiii giler! :D

6) steak segala steak! da lameee giler tak makan.

7) bubba gump, the curve, damansara.

8) red velvet cake! nak try buat one day :)

9) macarons! dengan warna yang pelbagai.

naaahhhhh. nie la die senarai nye. sikit jer. hehe. kalu gini la gamaknye, memg bertambah la wish list aku :p

anyone nak tunaikan impian perott aku nie? haha. besar tapak tangan aku tadahkan~

Thursday, March 17, 2011

kene lagi.

keadaan diri masih lagi terkejut dan cuak segala bagai. huhu.

aku da cakap. bangi. tolong la pasang lampu jalan! lagi lagi dekat roundabout! huuu. tolong la! kedekut sangat!

masih terbayang bayang. ya Allah..

Wednesday, March 9, 2011

coret coret

assalamualaikum!~ :)

hey hey hey..mengantukkkk giler skang nie. tapi before aku tidoq, aku nk siapkan laporan kewangan lu, print, kemas segala dokumen y penting, checklist keje (gulp. sungguh ke?) bla bla bla. then dalam kol 11-12 baru tidoq!..haha~

macam biasa la kan..tiap tiap hari, kene pi lab. lab lab. sebab? mau observe slides.wuuu~ tp alhamdulillah. dengan berkat usaha menyelang dan m'skip dan kire mcm mr.bean, semuanya sudah siap jam 5.02 petang pada 9 mac 2011 di lab tingkat dua bangunan bio, ukm. hahahha~ but still, kene pulun kira yang kat laptop dan wat perbincangan dan complete all stuffs. better u get start now amira sebelum kau menggagau nak siapkan last minit! -_-"

dann. cheq pun taktau napa. dua hari nie. aku berlagak riang di lab. kacau orang sana sini. cakap sana sini. pokok pangkalnya, cheq rasa senang hati dr pagi la. tp after lunch. terus tak bermaya. hehehe. tapi tapi. jangan gembira gembira terlampau sangat. tak elok. kene la bersahaja. hehe. kalu tak, ade yang banjir sat gi. :)

dan semalam jugak, da gi beli wang pos tok konvo. woowww! nak konvo da? hehehe~ ape la rasenye. dup dap dup dap. tapii. nak beli wang pos tuh. Masya Allah. ramai giler orang! semua kes nak bayar saman la tuh. kan sampai 10 mac nie. huuu. dalm 90 lebih jugak la. time tuh pukul 1. apelagiii..dari membaziaq tunggu terpacak kat situ, bek kitorg gi makan dulu. even pas makan pun tak sampai turn lagi tau -_-" tengok betapa meriahnye tempat tu. murah rezeki. hehe. pukul 3 lebih baru dapat.

pastu gi setel beli barang untk meeting nanti. iaitu? air kotak dan tempah kueh. huu~ giler tak pecut. sebab time tuh kejar nak solat zohor lagi.

hari nie pun hepii jugak sebab tengok duet kuaq ngan gembiranya bertukar tuan @_@
TERbeli selendang satu. hahahaha. merahnye makngah! =p
nanti nati cheq pakai la. :)

da puas da membebel. nak cite kat orang. takdak orang sudi dengar. hihihi. jadi bebel sini jer la. naseb blog nie tak TAHU nak bersuara. kalu tak kompem die pun cakap bosan. hehe. tak TAHU. tak TAHU! haha~

p/s : percaya tak. ade jer manusia nie. yang cakap sayangkan kawannya. dia la kawan sejati. kawan susah senang. kawan segala galanya. tapiiii! tetap mengutuk ngutuk. tetap mengumpat ngumpat. ohh! semoga kita semua terhindar dari kawan jenis ini. amin~ :)

Monday, March 7, 2011

biarlah begini untuk seketika. sehingga semuanya kembali pulih seperti sedia kala.

Sunday, March 6, 2011

assalamualaikum! hey! :D

*diam beberapa minit jap..sebab ngah pk ayat..huu*

sebenarnye, banyyyakkkk benda jadi sepanjang beberapa minggu nie..tapi! aku mlas nak menaip. nmpk jer ruang menaip, aku blur. nmpk jer ruang menaip, jari ku kaku. nmpk jer ruang menaip, tp mata aku masih kat fb! ehehe. *alasan semata mata*

so. untk mengurangkan masa menaip. dan membuat entryyyy yang panjang berjela jela.

5 feb- muntah muntah. perit sungguh. 1st time dalam hidup. tapi syok! hehehe. Alhamdulillah. da pulih. ada hikmah di sebaliknye :)
ohhh..time nie pun bday si telo! hihihi. nape name die telo? hahahah~ pikiaq sendiri. =p

10 feb- selang 5 hari. baruuu sambut bday cik telo. dekat mn? dekat cempaka rimba. tapi susah nak surprise kan si dia. instinct kuat. hehe. tapi have fun. enjoy. biaq pi la orang pndang2 kan. takpe. bukan kacau kacau usik orang pun. tapi. terpk satu benda. sampai skrg aku tetap tak dpt nak tgk idung aku bergerak time tengah semangat ketawa mcm diorg habaq. hahaha!

14 feb-midsem dua paper. prinsip pengurusan perniagaan dan biomolekul. hari yang penat.

20 feb- ahad. besday si moyang :)) tapiii wish gitu2! haha~ tu pun time pagi before nak gi exam. dengan nada selamba "eh. hepi besday" :)

23 feb- one of my wishlists da tercapai! excited giler! pegi sambut besday moyang kat tempat itu. tempat yang die penah bawa. wishlist aku ape die? ade lah! hehe. tp alhamdulillah. da terlaksana. wpun da pk lame. bile nak laksanakan, takpenah nak rancang dr dulu. takpa2. sabar jer, lama lama nanti dapat la. when the time arrive, never let it go, grab cepat cepat. like sape cepat die dapat hehe. enjoy sangat sangat. tenang je rasa. thanks awak awak semua!

5 mac- ehhh. da masuk bulan mac punye cite. :D nie pun one of my wishlists jugak. :) sebabkan da lame tak jumpe ngan sorg kawan nie. jadi plan punye lame la jugak. biasela. aku an bz dulu, nak jumpe kene wat appointment sebulan awal! hahah. penah plan, tp tak jadi, sebab bz. so postpone postpone. dan akhirnye. dapat! dengan syarat, die dtg bangi. haha. aku payah sikit nak dpt kebenaran jalan jauh. jadi. time mintak izin nie, seminggu aku da cakap awal awal kat omma. sampai mimpi mimpi yang appa tak izinkan. haha. tapi dapat jugak. alhamdulillah. wishlist tercapai! and the person was veryy happy. yela. mane tak hepi. keje asyik makan jer. ahah! pasni taktau bile lagi nak jumpe. time kawen agaknye! haha~

6 mac- rehat time. tak gi mane. bangun agak awal. and peliknye, rajen plak tolong mak buat kek lapis. hehe. selalunye berat tulang =p dan dapat tgk citer hantu kak limah balik kampung. ngeh3~ best citer die. ade selit nasehat sikit sikit tp secara tersurat dan tersirat. :)

p/s: banyak sangat wishlists. hehe. macam umur tak panjang pulak. :)

p/s: semoga kesabaran yang dipupuk, membuahkan hikmah yang bermakna. yang pntg ikhlas.

p/s: its just a waste if u got the chance but u dont use it fully. it is not about ego, but it all about the pain.

Saturday, March 5, 2011

Never cry for a man 'cause some of them don't deserve for it

Followers