Sunday, March 27, 2011

acik..auntie..akak

hey assalamualaikum! :D

lame sangat tak update ye? hahah. quite bz sekarang nie.. semua dateline keje dekat dekat. (padahal diri sendiri buat keje last minute.pdan muke!) tengok kan kene tgl lagi. :'(
demi kerja uollss. takpe kene tinggal sekejap. pas habis semua ini, aku nak rehat puas puas. gulp. ehh. tak boleh. nanti nak praktikal pulak. ngaa~ bile nak rehat? *sila jawab sendiri*

hey. sabtu lepas. saat aku tinggal sorang sorang kat rumah. ce teka sape datang? tak tahu? ce cite..ce cite..haha
jeng jeng jeng


si adek dan si abang. *rase macam nak gigit jer si abang*

siapa mereka nie? yang pasti bukan ultraman. bukan spiderman. apatah lagi power rangers. hahha. diorg nie anak kat kak fida n abg wan. :) dr dalam bilik, aku dengar bebudak nie bagi salam. bukak bukak jer pintu.

si abang: acik.acik. bukak tv. nak tengok karton.

hahah. salam pun tidak lagi. adoyy. da suro bukak tv. -_-"

yang si adik pula "acik faiz mane?" "nenek gi ane?" heh. habis bile dua dua da pandai cakap. meriahhh sungguh rumah time tuh. *yela. aku tinggal sorang time tu. kire peneman sudah datang! hahah*

tapi! cop! perghh. dulu diorg baik jer panggil aku akak! sekrg da tukaq nama. sejak bile diorg pndai pgl aku acik nie. ish3. heh. melayan kerenah diorg, sumpah aku penat. tp best. haha. tp tetap penat. aku gi dapur diorg ikot. gi naik atas, si adik ikut. kalu ade mainan kat tangan aku, lagi la dua dua ngendeng, pastu berebut berebut. pastu tarek tangan aku "acik..acik..turtle..turtle" sudah paham la aku. haha.

paling tak tahan si adik. tetibe minta aiskrim. tp pelat sikit la "ekem"..kitorg smua tak paham. tapi si abang yang jadi tukang translate. haha. ape la. nak eskrem. rumah nie mane ade simpan eskrem. ikan ikan adalah. mau? hehe.

tapi. tungguuu. dalm perot kak fida ada lagi yang menanti. hehe. mungkin bayi perempuan. mungkin bayi lelaki? habis. bertambahlah hero! heh. tapi ape ape pun, semoga kedua dua sentiasa dalam keadaan sehat.:)

p/s : ari sabtu ku yang suram itu, tetibe menjadi ceriaaa~ dengan datangnye dua bulat ini. hehe.

Tuesday, March 22, 2011

before mula bertarung. aku nak wat short entry. pendek jer.
matlamat aku kali nie. hahah.
after siap jer draft thesis nie. lagi lagi prart discussion!
pas submit tuh! aku tak kire. aku nak makan macam macam pastu!
lagi lagi. cheese cake!
selagi tak siap. selagi tuh, takleh makan macam macam.

ok. siap.

kawan baik

Bukan senang nak cari kawan yang baik...
Bukan senang juga nak jadi seorang kawan yang baik…

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.
Kawan yang baik tak pernah cemburu dgn kejayaan kawan baiknya.
Sebaliknya kawan yang baik lah yang paling banyak membantu
kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya
untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.
Kawan yang baik adalah orang yang selalu
menasihati kawan baiknya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari
bila tiba masa sedih atau gembira.
Kawan yang baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan
yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya
untuk sentiasa berada di sisinya.
Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya
untuk berkawan dengan kawan yang baik.

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya
mempunyai ramai kawan baik,
kerana kawan yang baik tahu
apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan
dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat.
Di dalam doanya,
kita adalah kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita adalah kawan yang baik jika kita
faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.
Kita adalah kawan yang baik jika kita
menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita
tidak menghargai kawan baik kita,
kerana kawan yang baik
akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita
tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita,
kerana kawan yang baik akan selalu
menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Dan ingatlah…
kalau kita nak dapat kawan baik yang baik,
kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik
kepada kawan baik kita... 


…sEMoGa kiTa mEnJaDi sEOraNg kAwaN yAnG bAiK…

sangat suka ayat nie semua. di tag kat fb. janji pinjam utk letak dalam blog. :)

kau abadi di hatiku

Allah tidak pernah membiarkan hambaNya terus berada dalam kesedihan. Suatu hari, awan mendung tetap akan pergi diganti dengan pelangi yang sangat cantik. Bukti kasih sayang Allah kepada kita semua. :)

pergh. tajuk tak boleh blah pulak kan? haha. tu abadi punye trade mark. pinjam la kejap jadi title jadi la kan? :)
sabtu lepas. ade dua event, dan ini menjadikan jadual aku full hari tuh. bajet bz punye orang la an. nak jumpe, sile wat appointment =p

pagi sampai petang, intervarsiti kat ukm. (naseb dalam ukm je). tentg pembentangan thesis. dari seluruh pelosokk tempat (hahah!) ipta dan ipts. gambar? tiada dalam perkhidmatan. hehe. aku pun bentang thesis jugak kat blakang. pasal sinergi. best! try baca. :)

malam plak dinner amin.. eh eh eh. aku kan alumni amin :) datang dalam pukul 8.30. pastu kalu 3rd year memg jalan atas red carpet. malu plak rase. haha. meja mampat sgt. ruang jalan sempit jer. makanan. aku cakap pasal makanan? kali ini aku pandai cakap, erm, makanan die biase biase jer. tak dapat menandingi selera aku. ahahaha. =p. persembahan boleh la. ade yang wat aku terkedu. wat ketawa. wat tergamam. semua buat buat la. tapi part sedih takde. nak watpe sedih? HAPPY MOMENT kot time tuh! =)) simpan baik baik dalam hati.

"kawan beribu berjuta boleh kita cari. tapi kawan yang ikhlas, yang baik, yang jujur, yang susah senang bersama, yang kita selesa, dan segala yang, hanya satu dalam sejuta"


"hargai kawan kawan kita seperti tiada lagi hari esok untuk kita bernafas"


p/s: sya sayang kawan kawan sy! :')


p/s : asek kene tinggal jer kat rumah. mak abah asek balik jb jer. ohh. ohh. nak ikutt! :'(

Friday, March 18, 2011

craving for foods! =D

hei! :)

taktau la nape sejak kebelakangan nie tekak terasa nak makan banyak banyak dan sedap sedap. dan tempat yang dipilih. gulp. boleh tahan mahalnye. hahah. tapi, takpela kan kalu try taste sekali. then cukup la. kan? kan? kan? better try once than never. ececece~ =p

nak tau ape die?

1) ikea's meatball!. aku selalu tengok orang sekalian fb makan benda nie. n feedback semua bagus bagus. jadi aku nak try!

2) seoul garden lagi. serious. makan sekali hari tu macam tak cukup plak. hehe.

3) chilli's. tgk die punye portion of food. gulp. puasa seminggu tahan nie! nmpk yummy sangat :D

4) tutti frutti. yeah! da de kat bangi. tapi xleh makan selalu. satu mangkuk da cecah belas belas.

5) full house. tgk tempat pun da kawaiii giler! :D

6) steak segala steak! da lameee giler tak makan.

7) bubba gump, the curve, damansara.

8) red velvet cake! nak try buat one day :)

9) macarons! dengan warna yang pelbagai.

naaahhhhh. nie la die senarai nye. sikit jer. hehe. kalu gini la gamaknye, memg bertambah la wish list aku :p

anyone nak tunaikan impian perott aku nie? haha. besar tapak tangan aku tadahkan~

Thursday, March 17, 2011

kene lagi.

keadaan diri masih lagi terkejut dan cuak segala bagai. huhu.

aku da cakap. bangi. tolong la pasang lampu jalan! lagi lagi dekat roundabout! huuu. tolong la! kedekut sangat!

masih terbayang bayang. ya Allah..

Wednesday, March 9, 2011

coret coret

assalamualaikum!~ :)

hey hey hey..mengantukkkk giler skang nie. tapi before aku tidoq, aku nk siapkan laporan kewangan lu, print, kemas segala dokumen y penting, checklist keje (gulp. sungguh ke?) bla bla bla. then dalam kol 11-12 baru tidoq!..haha~

macam biasa la kan..tiap tiap hari, kene pi lab. lab lab. sebab? mau observe slides.wuuu~ tp alhamdulillah. dengan berkat usaha menyelang dan m'skip dan kire mcm mr.bean, semuanya sudah siap jam 5.02 petang pada 9 mac 2011 di lab tingkat dua bangunan bio, ukm. hahahha~ but still, kene pulun kira yang kat laptop dan wat perbincangan dan complete all stuffs. better u get start now amira sebelum kau menggagau nak siapkan last minit! -_-"

dann. cheq pun taktau napa. dua hari nie. aku berlagak riang di lab. kacau orang sana sini. cakap sana sini. pokok pangkalnya, cheq rasa senang hati dr pagi la. tp after lunch. terus tak bermaya. hehehe. tapi tapi. jangan gembira gembira terlampau sangat. tak elok. kene la bersahaja. hehe. kalu tak, ade yang banjir sat gi. :)

dan semalam jugak, da gi beli wang pos tok konvo. woowww! nak konvo da? hehehe~ ape la rasenye. dup dap dup dap. tapii. nak beli wang pos tuh. Masya Allah. ramai giler orang! semua kes nak bayar saman la tuh. kan sampai 10 mac nie. huuu. dalm 90 lebih jugak la. time tuh pukul 1. apelagiii..dari membaziaq tunggu terpacak kat situ, bek kitorg gi makan dulu. even pas makan pun tak sampai turn lagi tau -_-" tengok betapa meriahnye tempat tu. murah rezeki. hehe. pukul 3 lebih baru dapat.

pastu gi setel beli barang untk meeting nanti. iaitu? air kotak dan tempah kueh. huu~ giler tak pecut. sebab time tuh kejar nak solat zohor lagi.

hari nie pun hepii jugak sebab tengok duet kuaq ngan gembiranya bertukar tuan @_@
TERbeli selendang satu. hahahaha. merahnye makngah! =p
nanti nati cheq pakai la. :)

da puas da membebel. nak cite kat orang. takdak orang sudi dengar. hihihi. jadi bebel sini jer la. naseb blog nie tak TAHU nak bersuara. kalu tak kompem die pun cakap bosan. hehe. tak TAHU. tak TAHU! haha~

p/s : percaya tak. ade jer manusia nie. yang cakap sayangkan kawannya. dia la kawan sejati. kawan susah senang. kawan segala galanya. tapiiii! tetap mengutuk ngutuk. tetap mengumpat ngumpat. ohh! semoga kita semua terhindar dari kawan jenis ini. amin~ :)

Monday, March 7, 2011

biarlah begini untuk seketika. sehingga semuanya kembali pulih seperti sedia kala.

Sunday, March 6, 2011

assalamualaikum! hey! :D

*diam beberapa minit jap..sebab ngah pk ayat..huu*

sebenarnye, banyyyakkkk benda jadi sepanjang beberapa minggu nie..tapi! aku mlas nak menaip. nmpk jer ruang menaip, aku blur. nmpk jer ruang menaip, jari ku kaku. nmpk jer ruang menaip, tp mata aku masih kat fb! ehehe. *alasan semata mata*

so. untk mengurangkan masa menaip. dan membuat entryyyy yang panjang berjela jela.

5 feb- muntah muntah. perit sungguh. 1st time dalam hidup. tapi syok! hehehe. Alhamdulillah. da pulih. ada hikmah di sebaliknye :)
ohhh..time nie pun bday si telo! hihihi. nape name die telo? hahahah~ pikiaq sendiri. =p

10 feb- selang 5 hari. baruuu sambut bday cik telo. dekat mn? dekat cempaka rimba. tapi susah nak surprise kan si dia. instinct kuat. hehe. tapi have fun. enjoy. biaq pi la orang pndang2 kan. takpe. bukan kacau kacau usik orang pun. tapi. terpk satu benda. sampai skrg aku tetap tak dpt nak tgk idung aku bergerak time tengah semangat ketawa mcm diorg habaq. hahaha!

14 feb-midsem dua paper. prinsip pengurusan perniagaan dan biomolekul. hari yang penat.

20 feb- ahad. besday si moyang :)) tapiii wish gitu2! haha~ tu pun time pagi before nak gi exam. dengan nada selamba "eh. hepi besday" :)

23 feb- one of my wishlists da tercapai! excited giler! pegi sambut besday moyang kat tempat itu. tempat yang die penah bawa. wishlist aku ape die? ade lah! hehe. tp alhamdulillah. da terlaksana. wpun da pk lame. bile nak laksanakan, takpenah nak rancang dr dulu. takpa2. sabar jer, lama lama nanti dapat la. when the time arrive, never let it go, grab cepat cepat. like sape cepat die dapat hehe. enjoy sangat sangat. tenang je rasa. thanks awak awak semua!

5 mac- ehhh. da masuk bulan mac punye cite. :D nie pun one of my wishlists jugak. :) sebabkan da lame tak jumpe ngan sorg kawan nie. jadi plan punye lame la jugak. biasela. aku an bz dulu, nak jumpe kene wat appointment sebulan awal! hahah. penah plan, tp tak jadi, sebab bz. so postpone postpone. dan akhirnye. dapat! dengan syarat, die dtg bangi. haha. aku payah sikit nak dpt kebenaran jalan jauh. jadi. time mintak izin nie, seminggu aku da cakap awal awal kat omma. sampai mimpi mimpi yang appa tak izinkan. haha. tapi dapat jugak. alhamdulillah. wishlist tercapai! and the person was veryy happy. yela. mane tak hepi. keje asyik makan jer. ahah! pasni taktau bile lagi nak jumpe. time kawen agaknye! haha~

6 mac- rehat time. tak gi mane. bangun agak awal. and peliknye, rajen plak tolong mak buat kek lapis. hehe. selalunye berat tulang =p dan dapat tgk citer hantu kak limah balik kampung. ngeh3~ best citer die. ade selit nasehat sikit sikit tp secara tersurat dan tersirat. :)

p/s: banyak sangat wishlists. hehe. macam umur tak panjang pulak. :)

p/s: semoga kesabaran yang dipupuk, membuahkan hikmah yang bermakna. yang pntg ikhlas.

p/s: its just a waste if u got the chance but u dont use it fully. it is not about ego, but it all about the pain.

Saturday, March 5, 2011

Never cry for a man 'cause some of them don't deserve for it

Saturday, February 26, 2011

a great time with a great surprise!

assalamualaikum! :) selamat sabtu! ngeee :D

hari nie bosan la jugak, layuuu jer mata * macam nie la org tak sedar diri. ade keje takmau buat*
da plan ngan kak haida nak kuar ari nie. so dalam pukul 2.30, kitorg gerak! macam mak budak punn ade jugak. nape aku cakap macam nie? sebabbb, kak haida bw anak buah die sorg, umur 3 tahunn. alahaiii kecik jer budak tuh. dannn comel. geram jer! haha..dannn sepupu die sorg. kak emi! :)

sooo..kitorg gerak gi alamanda sane. plan memg nak tengok wayang jer. sebab frust. ade orang mungkir janji. jadii, nak kuar la. cari anak ikan! hahah.

ape y terperanjat nye? huuu. untk kali ke berapa ntah. on the way nak pegi. aku yang drive kete kak emi tuh! heheh. aku macam biase la. ikut jalan belakng nak gi putrajaya. otw tuh. aku da nmpk kete hijau! ye. lagi sekali. kete hijau! :'( aku siap bole tgk lagi no plat nye. dan memg betul kete tuh! ohhhh. ade membe die kat sebela.dan die. ohh. ohh. mata da berkaca sikit. tapii naseb la akak dua org nie mulut kepohhh sikit kan..jadi terbawa lari la dr ingt die. hahaha! ape la naseb. bangi nie masih kecik plak. pasni sile besarkan bandar bangi nie yer.

thennn, smp destinasi. beli tiket. eh. eh. ade kan sebenarnye cite yogi bear? ade kan? kan? kan? tapi kat wayang, citer tuh da tak tayang eh? hehehe. sebab yang ade td sume cite atas 13 tahun. yang umum hanye la citer kembar siang jer. al maklum la. bawa anak umo 3 tahun kan. kena la masuk tengok citer umum jer. hihih.

wayang kol 5. tp time tuh baru 3.30. ape lagi? ade tonggg besar yang perlu diisi la. kekeke. gi kat food court. makan. alahai. comel jer si anak tuh. gerammm jer. adoyyy. kepingin nak anak buah agaknye. tak banyak ragam sangat. ikut jer cakap org.

oke2. overall citer tuhh? aaaaaa.. aku bukan la pengkritik filem sgt kan. tp oke la. mungkin nmpk pelik kamal adli belakon wayang. tapiii, bole la~ haha. *sangat memberangsangkan komen?* 

p/s : sila la mula taip thesis cik Nur Amirah Amran. tolong la. tolong la. ade lagi beberapa hari je nak anta. @_@

Friday, February 25, 2011

sabar la wahai hati.

Ini bukan satu pengabaian.

tapi satu pengorbanan. 

adoyyy..positif positif.

Thursday, February 24, 2011

some parts say 

"better stop now, before one of us stuck in pain"

p/s : she started to wait for a msg every single minutes.

Tuesday, February 22, 2011

Jangan pernah lupe untuk mengucapkan syukur Alhamdulillah dalam setiap perkara.

walaupun buruk yang mendatang.

tapi tetap syukur terbit dalam diri.

kerana, setiap perkara berlaku akan mengajar kita tentang sesuatu.

mungkin bukan sekarang.

tapi saat kita membutuhkannya.

kita akan sedar tentang hakikat itu.

sesuatu yang mungkin kita takkan dapat lihat.

dengan mata kasar apatah lagi kan?

dan kita takkan mungkin dapat memegangnya.

tapi kita akan dapat rasakan kehadirannya.

ketenangannya. keajaibannya.

dan sudah tentu kekuasaanNya. dan juga kewujudanNya.

Allah sentiasa ada, memerhatikan kita.

membantu kita bila kita memerlukan.

memberikan sesuatu yang kita perlukan. walau tanpa kita sedar.

tanda kasih sayang DIA kepada hambanya. :)

deep deep inside ♥


saya rindu mereka :')
siapa mereka?
my BACKBONES. will always be my heartbeat too.
rindu saat saat dengan mereka.
how wish they would know it :')

p/s : sahabat yang benar, akan sentiasa berada di sisi anda walau macam mana pun keadaan anda. baik buruk anda dapat sahabat anda terima tanpa mensisihkan anda. mereka memandang anda dengan hati yang bersih dan memimpin anda ke jalan yang lurus. :))

Pilihanraya kampus!

assalamualaikum! :D

hari nie. ade satu kelas je, tu pun lewat sejam! haha. semua gara gara pilihan raya. bajet lecturer bagi cutiii la kan. hehe.

hey hey hey. sape kate pilihanraya kampus tak sehangat pilihanraya yang kat luar? tapi aku tak dapat nak tengok live la kan konvoi bagai, rusuhan or whatsoever. hanya facebook berita on9 aku. heheh. tapi yang pelik. nape mesti ade dua parti? or mungkin lebih. tak bole duduk semeja bincang same same. ohhh. ade bisul agaknye di tutt sebab tuh tak bole duduk same same semeja. hehe. takde la. sebab misi visi mission bagai, semua nak bawa pembaharuan ke U, or peningkatan whatsoever. (tapi taktau la kalu niat terpesong ke ape kan..*tak baik bersangka buruk ye*)

tapi, buat ape la nak ikot politik yang ade kat luar sane. simbah simbah cat. ugut ugut. culik culik. adoyaiii. tu semua taktik orang yang takde akal fikiran. saje je wat kontroversi kan. kannn..membazir cat jer. kan elok kalu cat tuh digunakan untk cat bangunan ke, gate ke. (nak cat dinding bilik mcm tak sesuai sebab cat kaler merah kan..hehe). culik culik? adoii. takyah la nak culik culik. sian orang tuh. mangsa yang korang wat tuh, perempuan. nape? sebab die insan lemah kan? nape tak culik yang lelakinye? hehehe. sebab takot kene terajang la tuh! =))

tapi. ape ape pun, UKM pro-M yang menang. tahniah la diucapkan. tak kesah la mana2 yang menang. tapiiii sila la galas tanggungjawab dengan baiknye. tunaikan la segala janji yang dibuat. bila anda masuk bertanding, mksdnye anda semua sanggup nak tanggung AMANAH yang diberikan. jangan sebab nak kejar nama dan pangkat dan kuasa je ye :)

p/s: time to move on, dear. lets start a new book, with new characters, with new journey, with new spirit, with new happy ending :) no one wants a sad story. but that what we call, TAKDIR. :)

Sunday, February 20, 2011

jatuh gedebush jantung ku!

assalamualaikum! :)

1st of all, hip hip hoorayyy! akhirnya, paper last midsem da hbs ari nie :)
leh jawab ke sampai nak hip hip hooray bagai?
dulik..dulik..janji semua da lepas..alhamdulillah~

but still, keje berlambbbakkkk lagi!

*assg pengurusan perniagaan*
*draft thesis*
*plot graf semua bagai*

ingat keje keje nie, terus aku mengantuk :O

tapiii..tapiii..pas hbs exam tadi takde la terus rajen wat keje kan? gile tak gile? i need a rest too! *dengan semangatnye nak tido*
jadi after exam, gi merayau kat warta jer. depa nak usha2 baju. tok dinner katenye :)
and lepak lepak mcd menambahkan lemak. @_@

then, lepas hanta depa balik dan aku of course la nak balik cari katil kan. wink2~

tetibe jer..

eeeeeeehhhhhhhh! kete hijau! hijau? terus berlari jantung aku nie. lari pecut pulak tuh. huhu.
tapi bile dekat jer..laaa..TEKSI rupenye! wat penat jantung aku jer pecut. wat penat jantung aku jer hiperbola.
tapi hijau bukan sebarang hijau. hijau tuh, aku leh cam dari jauh. adoyyy!
kuatkan la hati nie. semua tuh mainan perasaan jer.

p/s: happy birthday fadila razali! kawan sampai dunia laen! :)

p/s: it is really hard when all the time, only SORRY we got. nothing else. sorry. sorry. sorry. bukan perkataan maaf yang diinginkan. tapi sedikit. dari dulu hanya sedikit. and u know what it is.

Thursday, February 17, 2011

rasa macam patah kaki aku sebelah

*dapat betul betul kang, baru kau mengagau!*

assalamualaikum! :)

memg sah lagi bersuluh bagai, aku da mula boring! lagi lagi bila kete,ayah aku pakai gi keje. sebab? sebab kete die rosak la -_-"

ngaaa~ aku sgt merasakan kaki aku patah sebelah. heh. *aku pun taktau ape kaitan* tapi bile bangun pagi, terus cek, ade tak kete. bile takde, terus baring tido semula, then berpk, kaki aku takde semangat da. hahaha.

da dua hari dok terperap. isk3. dann sangat tak sedar diri, ade lagi satu paper ahad nie. tapi study? celah gigi pun haremmmm. haih. tobat2..


p/s : in order to gain what u want today, u urself, have to sacrifice more.

Tuesday, February 15, 2011

Lama lama boleh dapat heart attack aku macam nie. ke kalau ikot turn, urrmmm, high blood pressure dulu.

bila sudah sampai masa

saya akan berubah juga. Jangan risau. cuma saya perlukan masa.

Terima kasih kerana mengingatkan saya dengan cara yang berhemah sekali. tanpa sedikit pun mengecilkan hati ini. heh~

*penangan stokin :D*

Monday, February 14, 2011

hey! :D

aku rasa macam nak senyum lebar lebar sangat. terlampau lebar! :D

adakah sebab aku dapat menjawab soalan midsem dengan jayanya? ohhh! semestinya tidak! ia tiada kaitan dengan ilmiah. nggeee~

adakah sebab valentine? arghhh! lagi bukan. tak baik sambut. takde kaitan ngan cinta pon oke.

tapi sebabb..itu..sebab ini..sebab sana.sebab sini! hehehe. semua sebab.

Alhamdulillah :D

Sunday, February 13, 2011

hey! assalam :)

rasa masyuk plak bila tinggal sorang kat umah. ehe. (ayat penguat hati jer). bapak boring bile tinggal umah sorang2! sebab takde dengar bunyi ape pun selain tv kipas cicak kertas bergesel dan perot aku yang berkeroncong. (oke. tipu jeee.heh) bosan sebab takde sape untk aku cari pasal. hesh. kalu ade si YB (yang besar) kat rumah nie bagus gak.

tapii..tetap malam tadi aku berjaya tido dengan nyenyaknye! semua gara gara tak tido pada malm sebelumnye. sebab? tengok citer 1 litre of tears! bengkak bengkak mata nie. ish. sedih takleh nak kata. :'(

paginye plak, sebab tido setengah jam jer. pukul 6 smp 6.30 pagi jer. sbb ayit kejut. p.cik manaf da meninggal. T_T innalillah..huhu. terkedu. sampai aku dok jer atas katil berpk. dan akhirnye, aku tak balik pun.
dan till now, aku serba salah sikit sebab tak balik ziarah jenazah.

ayat penyedap mak aku "takpela. doa dari jauh jer" huhu..terbayang bayang aku muke mak itam, muke kak nor, muke semua orang. semoga mereka semua tabah menghadapi dugaan nie. jenazah da siap dikebumikan malam tadi. kesian kat arwah sebenarnye. sebab arwah menghembuskan nafas terakhir tanpa family di sisi sebb masa tu, arwah gi langkawi, ikot rombongan polis pencen. semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang diberkati. al-fatihah.

setiap yang hidup, pasti akan pergi juge. tanpa mengira usia, darjat, pangkat semua. gunakanla masa yang ada ini untuk beramal sebanyak mungkin. sebab kita taktau bila nyawa kite pula yang akan di ambil.

Thursday, February 10, 2011

:')

wish list aku tok sem nie..tok tahun nie..

PHOTOSHOOT! :)

can anyone tunaikan wish aku yang satu nie? ;')

p/s: penangan tengok blog orang. tengok ade photoshoot. nak!!! :')

Wednesday, February 9, 2011

thanks anis for the star!

hey hey hey! :D

opppss..assalamualaikum~

ade sorang budak nie..die bagi aku bintang..bintang ape? bintang macam kat langit tuh..kaler kuning..tapi yang nie ade wajah~ wajah hati..ececece~~


taaaddaa! nie la die bintang hati anis. ngeh3~ budak nie kan..die memg gilekan bintang. kalu dulu time matrik, sedih2 jer, die gi tengok langit..cari bintang..tpi die pun da de satu bintang..siap ade muke dua talam lagi..aku satu talam jer..=p

terkejot eden,masuk masuk dalam bilik jer, tengok dua biji benda bulat2 ketul2 atas katil..haha..ehhh, da sampai!
tapi anis jagn riso, anis punye masih lagi dalam keadaan baik berbalut. tak bukak pon sebab kite berjaya menghidu mana satu kite punye..haha~

thanks a lot anis! pasni takyah runsing2 da nak bagi ape..heh~

pesanan anis "kalu sedih2 pasni, tengok la bintang tuh" hehe..anis anis..mcm2..ish2.
dengan ini, bertambah la koleksi barang yang akan memenuhkan katil aku! ;)

*sesi merehatkan minda dr study.(macam byk sagt da la study nye ye :( *

Monday, February 7, 2011

25 fakta rawak! :D

da berkurun rasenye aku baca entry dr hazirah hamzah tentg 25 random facts about me! nie. dan kalu tak silap sy kan, kan..name sy ditag! kan awak? teeheee!~ :D

jadi sebagai org y sangat "rajen" men tag tag nie, sy akan buat la ye~

1) mcm biase la. wajib kot y nie. heh. nama nur amirah binti amran.
2) y ini pun wajib! sile ingat :) lahir 29 dis 1989.
3) kelantan celup! :D
4) anak tunggal pmpn dr 6 beradek!
5) 1st time dok asrama time matrik. giler tangkap leleh time annouc mak ayah sile keluar dr bilik anak2. time 1st day tu daftar masok matrik tuh..hehe
6)mempunyai tahap kemalasan yang tinggi! tapi2..eip2..bile mood rajen aku dtg, satu umah nie aku vakum, n moop. but still, susahhh la kan nak tengok. heh
7)kuat tido! kuat makan!
8)semestinye tahap kebinaan badan sgt tinggi yer! ilang azam nak diet bagai..@_@
9)ehhh..lupe. skang tahun akhir kat ukm. doakan yer supaya habes dengan jayanya. amin~
10) aku matang! heee~ snagt matang! percayala~
11) aku suke kalu nak cakap aku anak jati bangi =p sebab dr sekola rendah smp menengah, aku kat sini jer. dan sekrg pun kat bangi lagi!
12)suke berangan~ ngeee~ :D
13)ade ramai kawan baik! :D sayang mereka ketat2!
14)suke duduk kat rumah. once aku da balik umah, aku malas nak kuar da.
15) tapi, bile mood jalan aku ada, even kat warta bangi pun, aku sanggup! heheh~
16) kaki selendang. jangan bagi tgk laci aku, compem byk shawls jer.
17) suke tengok wet melayang dr purse. *runsing2*
18)bole dikategorikan sebagai pendiam. ngeh3~
19) suke dgr org bercerita..sebab tuh aku diam..
20) susah nak marah orang lain. tp kalu aku marah, maksdnye, gunung berapi da meletup!
21) suke pendam masalah sorg2~
22) susah nak melawan..
23)azam nak joging seminggu sekali..hmmpp? hampes! haha~
24) sedang belajar tok berdikari ..ececece~
25) but still..takleh berenggang langsunggg ngan family..

heh~ so, da hbs sesi merepek meraban aku..
dijemput ye, sape sape..agak agak nak buat tuh..silekan! takde paksaan :)

Friday, February 4, 2011

sepatah dua kate :)

salam! :)

da lame gile tak update blog nie. takde mud la. bile takde mud, malas la nak menaip kan?  *setuju*
sekarng nie nak kate bz? memg bz la. even ngah cuti midsem pun, jangan harapla nak cuti jengjalan jejauh. nanti ade yang menangis menjerit2 kat lab tu. sape? hmm. mencit2 kesygn la! *letakkan dua tangan di bahu, dan mata ke atas*

but still, mcm tak sedar diri lagi. bz byk keje, tapiiii..hurm hampeh! pemalas nak gile! huu~ ape nak jadi pun taktau~ keje2 aku yang sikitttt jer senanye..huu~

*study biomolekul n prinsip pengurusan utk midsem*
*assg biomol*
*assg prinsip pengurusan perniagaan*
*draft thesis*
*plot data..analyse data..graph..bla..bla..bla* (which is DR nak soonest)

berapa punye soonest? selagi belum berakhirnye bulan dua, selagi tu la tak soonest lagi..hahah!

heh. tetibe masyukk plak menaip smbil belatarkan lagu bunga rampai dr jiran sebelah. seronok pulak tengok kawen2 nie. ngan akad nikah nye td. dengan jurucakapnye aka DJ ;) dengan lagu kawen bagai. dan y menarik, ade mercun macam air pancut..tinggiiii punye..chantek! >< aih~ tak sabaqqq plak..*mode gatai on*..tapi takpa..dahulukan orang y dahulu dulu nikah..hihi..paham x? paham x? =p

ok. stop since the title *sepatah dua kate* jer..heh :)

toddle!

Wednesday, February 2, 2011

lame lame macam ini, boleh jadi gila aku pasni

haih~ =,="

Sunday, January 30, 2011

i'm doing great! no biggie!

ya Allah..kuatkanlah semangat aku. jauhkanlah aku daripada syaitan yang sentiasa menghasut.

Friday, January 28, 2011

when the time has arrived, it will revealed by itself.

don't worry :')
to keep move on, don't allow the past following u in the future.

Thursday, January 27, 2011

i just need someone

agak ketinggalan la kalu sy kate sy baru tgk citer ketika cinta bertasbih 1&2 kan? heh. takpela. janji sy da tengok. :)

sepnjg satu hari nie, which it was wed. i felt aching inside here. taktau nape. rasa takde mud sgt2. maybe sumting had happen malam sebelumnye, iaitu selasa malam rabu. ape jadi? ape jadi? let keeps it as secret. hmm~
till now, the pain tak pegi lagi.
even aku da pegi teman kawan2 gi beli barang nk sambut bday tunang dila, which rase macam excited giler! sebab macam mak mak gi beli barang dapur. haha! but still..bila da selesai, da anta diorg balik, still the pain is here.

even aku da gi amik kak syateen. n kitorg singgah tutti frutti..sebab bday boy nak rasa. and even kak syateen bayarkan sume, but still..bile smp rumah, the pain still ada.

even aku bzkan diri dengan basuh kereta petangnye, but still, aku terkenang2. nak nanges? air mata taknak kuar.

so, ape aku buat, i choose nak tgk citer. dan citer ketika cinta bertasbih jadi pilihan :)
sumpah bermakna sgt crite nie. dan meleleh pun air mata nie. dan rase mcm nak kuar lagi. hehe!
but still, i have to keep strong. perjalanan hidup aku jauh lagi. bak kate ade org tuh, aku tak cukup lihat lagi dunia nie. aku tak cukup pengalaman lagi. ok. fine.

try to keep positive thinking in my mind. nak taknak i have too.
and right now, my mind is running like a computer. like a cd,putarkan crite.
and i don't know macam mn nak crite.
so. what i do? hehe! aku pendammmmm smp aku rase nak terpadam! aku pendammm smp aku rase nak meletup. aku pendammm smp aku rase aku nak lari jauh2. *good choice!*
heheh. malas nak merepek da!

toodles!

Sunday, January 23, 2011

adoooyyy! ;O

currently, DESPERATELY, need dentist!

perlu sangat2. wuuu~ aku taktau ah nie gigi bongsu ka, sakit apa ka..tapi ya Allah, saketnye, berbisa sungguh! sampai aku rasa aku takleh nak tutup mulut betul2 pon. makan apatah lagi nanti. mesti payah nak kunyah.
tapi yang pelik, kejap datang rasa saket nie, kejap ilang..pastu datang balik..T_T

nak gi jumpe dentist, sangat la malas. tp terpaksa. tp malas. tapiii tengok la nanti. (ayat mcm cik kell da.huu~)

Friday, January 21, 2011

senyum..tak perlu kata apa apa~
:)

Thursday, January 20, 2011

items to let go!

salam! :D

kali nie bukan nak merepek repek bagai! tp entry kali nie bermatlamat! emm! heh. 
takde la matlamat mn. tp nak let go beberapa items yang aku rasa nak lepaskan. :p
dun wori. sume masih lagi dalam condition yang baekkk punye! dan harga pun berpatutan sangat!




stripe pashmina (kaler lembut jer!)
rm 5 saje
*tak penah pakai lagi*




nak nmpk colorful? meriah? meh beli selendang polkadot nie!
comel comel! :)
tak mahal. rm 5 je!
*tak penah pakai lagi*


polkadot shawl.
rm5
*tak penah pakai*


blue cute polkadot shawl!
rm5
*tak penah pakai*


nak nmpk sweet? selendang nie sesuai! 
pink pashmina. dan ada sulaman kat kain nye! chantek! dan lembut jer~
rm 7 (sebab bersulam~)



baju floral!
can fit till small L
rm10
material cotton!
*tak penah pakai*

kalu ade ape2 persoaln. or nak order?
bole email ke candy2_luv@yahoo.com

Sunday, January 16, 2011

nak shoppinggg! nak shoopppinggg! nak shooopppinggg!! > <
kalu ia baik begini, biarkanla ia tetap begini :)

Monday, January 10, 2011

Plant a seed of friendship; reap a bouquet of happiness :)

tik tik tik tik..
tok..tok..tok..tok..
nape tik tok?
sebabbb eden xtau nak mule karang mcm mane.. haish.. pasni kene letak beberapa kosa kata..nanti leh la men sambung2 ayat. heee!

semuanye bermula pada malam b4 29th Dec ritu. (kalu la ade sound effect, kan masyuuukk!)

********************

macm biase la. malam2 kadg aku tido sangat awal. heh. tetibe ade mesej masuk. sape lagi kalu bukan dari...

sape die? urghh. die nie la salah sorg perancang kejahatan! grrr

die minta tolong amik barang dekat ktm dari kawan die. ohh. oke. sebab die keje kan. kawan die tuh plak nek ktm jer. ohh..yela. rase mcm da pelik. sebab dahla kate kawan die nak gi conference tapi sempat plak nak anta2 barang ye kak? hehe.takpela. aku pun da ngantok. layankan jer la. tapi malam tuh da mimpi da, kawan die nak anta filem. haha! filem tuh. sooo..esok paginye aku bangun, oke, kawan die memg nak anta barang.hihi. 

bangun pagi plak. dapat mesj dari kawan akak aku nie. name nye miza. ye miza :) sangat la kuat instict aku time nie. haha. miza kate adek die y anta. tp lambat sikit sebab adik die liat nak bangun pagi time tuh. aku pun oke kan jer la. hehe. dan y wat makin kuat instict aku sebab akak kate dr ktm seremban. hehe. takpe. nak anta filem jer! ;)

aku pun lalui la kehidupan hari tuh mcm biase. ceewahhh! adek miza mule2 kate dlam kol 1. ohh. yela. tapi takde jgak. kate train rosak la. (hazirah!~ awak tau kan? hheee) oke. takpe. nak tau aku habiskan masa time tuh mcm mn?

mcm org takde arah tuju. huu~ aku tunggu kat ktm. agak2 lama sangt, aku gi pusing bangi. sebab nak sampai kol 2 tuh. then da kol 2, time nie adek tuh kate train rosak. ok! aku balik umah =,=

kol 2.45 mcm tuh, budak tuh mesj, baru aku kuar gi ktm. hehe. time nie la dapat "hadiah" tak terduga. plus ngan cheesecake miza. balik sah sah la aku bw kete dengan senyum melebar! :)

***********************

time nie cik anak a.k.a co'en mesej. cakap ade meeting ngan dr hasidah kat rumah. heh. aku suke men dengan instict2 nie. buat jer la mcm biase. aku tak kire langsung parasit!dengan time tuh co'en kate die y nak amik watak2 len kat kolej. aku pun wat biase jer la. yakin nie ade org nak sambut besday! teeeheee :D

tetibe nak maghrib, huu. co'en kate amik dorg pastu terus jumpe kat imah dr hasidah! aku? compm la da dupdap seribu berjuta kali! macam baru lepas belari. tsk tsk. sebab aku tak prepare ape ape.

sampai amin, nak amik dila. tunggu punye tunggu. parking tengah jalan plak tuh! zurin kol.  kate dila jatuh tangga! bia betik?? (padahal dalam kete aku tersenyum.ngee~) aku betulkan parking. trus lari2 ayam naik tangga sume. hati dupdap time nie. nmpk budak tuh, usha2. 

time nie la! aku ingt sangat time nie! haha! first time aku jerit mcm nie. huu~ aku kene culik. tsk. dan baru aku tau. heh. aku nie ganas orangnye! igtkan lemah jer =p 

takpe. preparation jadi ganas. haha! jujurnye, aku tak expect pun diorg buat benda nakal mcm nie. sangat tak expect. sebab dulu diorg buat tak jadi! ngee~

lets the remaining story, jadi memori kami! ngee~
ucpan aku (time kene rakam aku malu, tak terkuar suara. ahah. kat sini aku nak ucap)

♥♥aku tersangat la hepi. terharu haru semua. terharu sebab korang igt bday aku! even korg provok aku smp aku nanges wey! haha. terharu dan bersyukur sangat sebab aku ade kawan macam korg. korang bukan jer kawan aku. tp sahabt aku :) bersyukur sebab korang dapat terima diri aku seadanya. bersyukur sebab even aku da duduk rumah, hubungan persahabtan antr kite masih kuat. aku rindu zaman duk kolej dulu, zaman duduk setinggan,rindu sangat. tapi. keadaan sekrg tak mengizinkan da. takpe. ade hikmah nye. korang teruskan legasi duk setinggan tuh ye. hehe :) thanks sebab tak menjadikan aku duduk rumah nie sebagai alasan utk hubungan jadi renggang.hehe. pok. (sah2 kalu aku wish mcm nie, aku kene sepuk ngan korang)
thanks sangat2. syukur sangat2. terharu sangat sebab aku dikelilingi dengan kawan2 yang menyayangi aku. 
dan thanks! sebab korang tunaikan impian aku! nak kek miza mizo! hehe! muah3! love u all sangat2! :)
sebab tuh aku taknak wish depan2, nanti aku meleleh. T_T

♥♥ to sis haida. thanks jgak! ya dapat agak la jugak kan sikit2. but still, ya tak expect akak pun akak tunaikan impian ya. ngee~ thanks sangat2 sebab sudi layan kerenah ya. hehe. nanti da jadi sebahagian keluarga nie, akan ya gunekan akak sepenuhnye. haha! 

♥♥ percayala. di sebalik setiap kesedihan, pasti akan ade kegembiraan. di sebalik setiap tangisan, pasti ade senyuman. di sebalik setiap kepahitan, pasti ade kemanisan. di sebalik kite keseorgan, pasti akan ada tangan yang menghulur, memberi sinar :) 
hanya percaya kepada Allah.

b4 lupe. sape budak nakal ukm tuh? sape? tadaaa!




hehe! aku mlas nak combine kn jadi satu gmbr. malas nak install photoscape. ngee. love love kamu semua! ♥
 
and what i got? *senyum sampai telinga*




*a wish- truly made ur tears drop* ♥

bukan tandanye aku busuk ye! haha! thanks! :)

*comel! suke sngat2!*


Friday, January 7, 2011


"for certain part, which is better to be leave unsaid"

Wednesday, January 5, 2011

saya memerlukan lebih banyak masa.

Sunday, January 2, 2011

'Don't say anything if u know nothing'

people tend to talk talk cakap cakap non stop about others without knowing nothing..but cakap macam tau everything. then lebih malang, cakap cakap then terus wat conclusion. that what we call, mengumpat. (fitnah macam da jauh sangat bunyik nye) teeheee~ =D

No No No..sangat tidak baik. ia ibarat kite memakan daging saudara kita sendiri. kan? betulkan kalu saya salah. :)

peringatan ini ditujukan juge kepada pemilik blog sendiri. insyaAllah, berubah kepada yang lebih baik.

that why, some people said, berdiam diri lebih baik daripada berkata kata. tapi, memg betul, bile kite tak bercakap,berkata kata dengan betahnye like we used to be, rasa macam boring, rasa macam hidup tidak bernyawa (ceewaahh~) . Tapi dari kite berkata kata, dan secara tidak sengaja/sengaja telah menyakitkan hati orang sekeliling kite, itu juga satu kesalahan.

time nie la orang akan berkata lagi, minta maaf merupakan satu kuasa. kuasa apa? kuasa pemulihan. kuasa pembaikan. kenapa?
sebab niat kita ingin menjernihkan keadaan. tanda kite regret dengan ape yang kita da buat.

tapi kalu orang tu taknak maafkan kite?
takpe. jangan sekali kali amik hati. itu hak die. janji kite da jalankan tugas kite.

kalu bertembung dengan die?
senang jer. pandang die, dan lebarkan bibir anda. bagi die senyuman :)

kalu tetibe ade org tanye, ape kehenye ngan pemilk blog nie? saket ke hape? demam? tetibe wat entry macm nie?
ahhh! yang tu jangan bagi muke. belasah jer. sukati aku la buat entry pasal ape. ade ko kesah?

ohhh NOOO! awak awak semua. jawapan ini tidak bagus sama sekali. tidak elok. tidak sesuai dengan kite yang wanita..hihihi~
bukankah elok kalu kite cakap,
"saje. tazkirah waktu maghrib :) "

ataupun

"saje. bukankah elok memperingati antara satu sama lain."

dan bermacam macam lagi jawapan yang elok korang boleh sampaikan. :)

hahaha! wah3. nampak sok suci jer eh aku nie? ye tak? hehehe. takpe. nak berubah kepada yang lebih baik. its take time. jangan assume seorg yang nak berubah tuh, die boleh berubah just like u petik petik jari.

No oke. sile bagi mereka masa. dan lagi elok, kalu korang tolong sekali mereka berubah. bagi semangat. tapi jangan mengata plak. nanti sapa tau, dengan korang korang sekali akan berubah kepada yang lebih baik. tak ke begitu? :)

hehehe. selamat beramal! :)

Saturday, January 1, 2011

mimpi faiz..haha!

dalam kitorg dok bergelap tadi! haha. dok borak2 la kan.

Faiz citer, die mimpi aku kuar ngan awek aku (actually, pakwe la kan. tp faiz asek pgl awek)

aku ape lagi. tanye la. mcm mn kan rupe?

die cakap. ciri ciri nya! JENG JENG JENG!

1) muke bujur
2)dagu tajam sikit
3)ada janggut
4)rambut cacak
5)kete merah
6)muke dinosour! (hehe. yang ini tipu!)

then nama panggilan, die cakap pangkal nama "s"..tiga huruf belakang "wan"
wah3! budak ini! nujum ke hape! hahah! kitorg tergelak jer la.
even mak aku pun ada. gulp gulp. haha!
bukan leh caye budak nie. ntah ntah die da penah usha tu yang leh masuk mimpi. grrr.

dugaan 1/1/2011

awal awal tahun macam nie, hati kami sekeluarga da terduga. sedih jer. naseb baek selamat. alhamdulillah.

cerita dia mcm nie. time balik tadi, memg da bau hangit da..tai wat biase jer la. ingatkan bau datang dari kenduri jiran depan kan. yela. masak masak ke hape. jadi buat taktau jer la.

sekali petang dalam kol 6++..

dengar abah jerit panggil mak!

mak jerit "yaa!! wan!!"

aku da cuak la kan. ingatkan abah jatuh ke hape la kan. tapi BUKAN. malah lagi teruk dari tuh.
ape die?

kotak fius elektrik tuh, yang kat dinding tuh, TERBAKAR! ye. ulang lagi sekali. TERBAKAR. wuu~ mak da jerit jerit panggil kitorg sume kuar umah. tapi abah plak panggil mintak air. ape lagi. terus tadah air. passkan sampai ke abah. then terus simbah! wuuu~ api time tuh besar sangat. banyak asap. T_T

pas simbah terus black out. T_T

faiz cakap " takpe. dugaan kite. redha" aiyooo. adek aku ke nie? matang giler!

kol2 TNB. depa suro kol wireman. naseb jiran blkang ada nombor wireman. wireman dtg pun, die cakap pelik je sebab cane bole terbakar sedangkan takde berlaku trip pun. (aku pun x phm. org elektrik paham la..huu). die kate lagi, fius dalm dinding tuh yang terbakar. hitam giler dinding tuh. tapi naseb baik la, takde api. dalam erti kata lain, litar pintas. naseb baek sume ada kat rumah. kalu kuar jalan jalan, mau nye terbakar satu rumah. Ya Allah, jauhkan la.

abah cakap. time bau hanget tuh, abah cari la punca bau. tapi tak jumpe. pastu tutup la kipas. then terus kotak fius tuh, BOOM! meletup..then berapi dengan maraknye..isk

bergelap la kami sampai kol 8 lebih. da isyak pun. isk3. pengalaman pengalaman.
tapi bak kate faiz, "takpe. amik pengajaran"
matang nye alahai budak nie =,=

tapi uncle tuh, die wat temporary dulu. jadinye, lampu kat bahagian bawah jer bole bukak. kat tingkat atas tak bole. makanya, jeng2! kami tido beramai2 di ruang tamu! ala2 mcm mengeratkan lagi hubungan adek bradek. ces! =D

p/s : diorg gi broga pagi nanti. woooaaaa..syioookkknyeee :D
tapi aku tak ikot..huu~ takpela. keadaan arini tak mengizinkan aku untk pegi sekali.
takpe. have fun k kamu2!! amek pict banyak2! :D

empat hari terakhir before 2011! :D

♥ 28th Dec ♥

sangat terharu la kan,bile mane aku baca blog sorg kawan baik aku nie..sangat terharu lagi sebab the entry utk sy..heh..(kembang kempis sampai nak meletup) dan tambah terharu sebab i got it time fikiran tengah serabut! thanks anis! u made me smile :) korg nak bace? hehe~http://stare2sky.blogspot.com/..sile la baca. anis! thanks for everything! ♥

sape kate kat UKM takde pemandangan chantek? memg aku sepuk jugak kang!
sape kate kat UKM takde broga hill? meh! aku buktikan. UKM ade broga hill! sungguh~! tapi broga nie tak ramai org la. dan ade banyak kolam. hehe. dan ade pokok cili jugak. chempedak pun ada! durian? nanti usha..haha..tapiiii..aku takda gambr. nenek ada la. nak tengok gmabr kat blog die? jap eh..

nah!

http://hazirah89.blogspot.com/ :D ampun nekkkk~ ♥

♥ 29th Dec ♥

it was my day yaww! :D
oke. genap usia aku 21 tahun! heee~ bak kate abah, aku da merdeka! hoh. adakah bermaksud aku da dapat kunci kebebasan? ohhh. i don't think so! :)
time nie ada touching2 sikit..tapi sikit jer..sebab ape? tanye budak budak nakal! grrr~

before terbabas lebih jauh! thanks to faiz la kan..sebab suke buat akak die touching :')
dan utk family gak..dannn..tak lupe..abg ali..hehe..sebab bawa balik sate..;p
dan to kak haida jugak..secret meh! hehehe~

pasal budak nakal? nanti aku buat entry KHAS untk mereka :D

♥ 30th Dec ♥

ohh yeahhh! hari yang ditunggu tunggu! ape? ape? hehe..hari dating ngan kak haida la! :D
time utk paw paw orang yang dah bekerja! walllawehhh~
for the 1st time jejak kaki kat Seoul Garden! tapi gi kat IOI puchong jer..oke la jalan..even straight jer, tapi kete tetap banyak! =,= kitorg gi dalam kol 2..sampai kol 3 mcm tuh..then trus santap! =)


watak utama :)


nyum2 :) berbaloi baloi la makan kat sini..sebab bayar pastu leh makan macam2 dan non stop! blurrpp. makan sampai sedat perut da. duduk pun ikot sedap jer. haha! dan dapat rase kimchi juga! hee~






 dan desert jugak! biase la ade org tuh bantai amik banyak2..hehehe~


last but not least. after pusing pusing kat jusco..then patah balik, semata mata tutti frutti nie la! sedap sedap sedap. (komen org yang baru pertama kali rasa..heh) dan..makin sendat la kan suar. asek ternak lemak jer. =,=


p/s : pasni nak gi ngan budak budak nakal tuh plak! haha. bile? tu yang kite taktau yer. =D

p/s : naseb la JPA tak masuk agy. kalu tak da lame memborong bag2 dan baju2 kat IOI tuh. berputih mata jer la tengok sume. =,=

♥ 31 Dec ♥

hari nie patut cuti umum sebab PM bagi cuti sempena kemenangan malaysia menang bole. ooleeyyyhhh2 malaysia boleh! oollleyyhh2! negaraku yang terchenta! addicted la plak kt laguu nie..haha!
tapiii..kitorg nie cuti la plak kan? tak cutii pun..sebab mcm biase,kene pegi lab. perghhh..

hari ini, keputusan pun telah dibuat. dan aku pun da nampak benda yang sepatutnye aku nmpk. haih. aku memang tak suke buat keputusan. insyaAllah, i'll keep it tightly.

dan. HAPPY NEW YEAR! semoga tahun 2011 ini membawa lebih banyak kegembiraan. dan semoga sentiasa berada di bawah payung Nya.

kepada diri sendiri. buang yang keruh. amik yang jernih. buka mata, buka minda. pandai pandai la nak nilai mana permata dan mana kaca. kebenaran, kenyataan kau da boleh nampak depan mata. keputusan yang dibuat kene rasional. even risiko tetap ada, tapi takpe. setiap ujian, ada hikmah. dan kene sentiasa kuat. :)

Followers