Thursday, April 28, 2011

jauh..tapi dekat di hati. :)



Entry nie, special untuk tulang belakang saya. 

they understand me very well :) 
they never leave me alone.
thanks for all the moments, times, spirits, and everything!
gelak tawa. air mata. pictures. wedges. cheese. dan banyak lagi.
i wont forget, times we spent together. never ever!
korang satu dalam sejuta dan infinity!

sorry for everything. tak dengar cakap co-driver. =p
terlepas cakap. tersakit hati. terabaikan. terjeling. termarah. or whatsoever. 
sorry.

hope persahabatan kita akan kekal selamanya. 
semoga kita dapat capai segala impian kita.
do keep in touch always yaww! :)
wont forget u all.
*hugs and kisses*

p/s: entri emo di hujung hari. T_T banyak nak cakap. tapi takpe. simpan kemas kemas dalam hati. :)
terpk. macam mana aku nak tempuh LI aku n hari mendatang tanpa diorg? huuu. sebab aku tak suke sorang2! T_T 


Monday, April 25, 2011

huuu.
hati aku membuak buak sekarang nie!

aku nak join kelas bake n deco boleh tak? nanti boleh buat cupcakes. boleh buat kek yang banyak rasa. boleh deco deco chantek2. takde la kek pendekkk a.k.a bentat lagiii~ ngeh3..

Saturday, April 23, 2011

excited! =))

Assalamualaikum! ~

mood excited nmpk kan? heh. mestila! sebab..AKHIRNYA! thesis aku telah dihantar untuk dijilid. Alhamdulillah~ dugaan telah sampai ke p'hujungnya. nampak tak? nampak tak? aku dah nak melangkah ke alam lagi mencabar after this. yosh! hehe~ tapi agak mencabar jugak time nak print tesis tadi. perghh! dua jam menunggu okeh! penat ja. tapi turn kami tadi tak sampai sejam pun masing2. -_-"

moral of the stories: buat siap siap complete sendiri dekat laptop sendri. pastu terus hantar pegi jilid!
padia amira nie. cita takdak.. tapi da de moral of the stories? hee~ takda ape2. bia la. malas nak ingat da, sebab da berlalu punnnn~ =)

dann tadi sejak berapa lame ntah da lame tak jejak kaki kat pasar. akhrnye beli jugak! nyum. nampak semua makanan sedapp. lagi lagi nasi kerabu wan atiq. nak yang kat wan atiq jugak. taknak dari kedai lain. keh3. naseb baik la dalam bangii jer. pasni kalau mengidam, boleh bodek mak pergi beli. =pp

pastu? pastu? aku membeli lagi -_-" kain ela satu pasang! nape aku beli? sebab kain tuh bercorak yang aku nak! corak paisley a.k.a cover buku a.k.a kain batik! chantek! murah pun ye. RM26 je. tp mungkin aku da lame tak membeli, sudahnya aku bagi rm16 jer. ape la! wat malu jer aku nie. keh3. naseb abg tuh cepat jer panggil. tapi yang lagi satu mcm chantek jugak. huuu. pasni nak beli kaler lain pulak. huhehuhe~

pastu? pastu? aku dapat bungkusan! hehe.

wahai auntie SITI ANIS! bungkusan kome da sampai da kat umah awok siang tadi. awok terus bukak. eh3! selendang! keh3. mentang mentang, awok nie kaki selendang, kome bg ye? menambahkan koleksi awok jer. hehehe. mekaseh ye kome! awok takdak lagi corak yang mcm tuh. hehe.mekaseh! mekaseh! kome. kome. kome. fullstop~~ kih3~
p/s: awok try call kome tadi. tp akak operator yang jawab. haaa! jadi awok takmau da call kome lagi. nak dgr suara awok, call ye. =p

Thursday, April 21, 2011

salam! :)

ohh. hari nie 21/4. nape? ade ape dengan 21/4? hehe. 21/4..tarikh last viva bagi budak biochem. syabas semua. dalam penat, tension, berdebar2 kita semua masih dapat hadapinya. Alhamdulillah. :)

ade ape lagi 21/4? aku rase kalu dihitung hitung, ada la dalam 5 tahun dah berlalu. heh. kenangan. semua orang ada hak nak igt kenangan atau tak. tak boleh lupa, tapi bole ignoreee jer. tak penting. tak penting. 21/4 permulaannya. tapi aku syukur bila tinggal jadi kenangan. hikmah sentiasa ada.

Wednesday, April 20, 2011

ke penghujungnya =)

1) viva- done! :)
2) editting- in progress
3) jilid- belum lagi. heh
4) exam, 26hb- biomol
5) isi borang pink, borang LI, setel hal fakulti, kemas lab, bayar yuran LI
6) isi borang tamat pengajian and submit it
7) gambar pasport n salinan ic utk LI

fuh! kena setelkan satu persatu benda. aku termiss sumting? makin nak tamat belajar, makin banyak benda nak kena buat. takpa. slow2. :)

only one paper! hehe. then i'll be free from ukm! *big smile*

Friday, April 15, 2011


apa ini? 
ini lah macaron :)

ape tuh?
sejenis biskut yang rapuh. manis. ade jem kat dalam. pelbagai warna. diperbuat dr putih telur. dan ada gula icing. mahal. leceh giler nak buat.

bole terime ke tekak?
aku? semua makanan aku telan. wakakaka. telan telan jugak. tp bukan 100% suka la. biasa-biasa saja.

nak beli lagi pasni?
belikan utk orang mungkin akan. tapi kalu beli utk makan sendiri, aku akan pk banyaaakkkk kali. 

terpk sesuatu?
kalu macaron tuh, kite letak sikit tepung apa jadi? heheh. tepung gandum mungkin?

menyesal ke beli?
tidak! sama sekali tidak menyesal. sebab memg dah lama teringin nak cube. jadiii, dapat cube sekali, Alhamdulillah. :) look it at positive side. mencuba sesuatu yang baru. tak salah kan? kita akan dapat belajar sesuatu dari sesuatu yang baru tu :) am i right?

apenye yang dipelajari?
hehe. belajar utk mencuba makanan yang lain pulak! *dasar tong besar*

p/s: mungkin boleh letak hobi baru?:)

Saturday, April 9, 2011

"Jangan underestimate orang lain jika anda rasa anda hebat. mungkin ada orang lain yang lagi hebat dari anda"-sumber facebook. =D

"Jangan jatuhkan semangat seseorang dalam die berbuat sesuatu. sebab mungkin anda akan rasakannya juga nanti. memberi sokongan kan lagi bagus dari kita bercakap lepas, dan jatuhkan morale orang "-sumber dari facebook lagi.

merepek kerepek lagi ;)

Buang yang keruh, ambil yang jernih.

selalu sangat kita dengar perumpamaan ini. sambungan - baru teguh peribadi. kan? ia hanya sekadar ayat kalu kita tak amalkan. agree? applykan dalam hidup. kita akan faham apa maksudnya. :)
ikhlaskan hati dalam bermasyarakat. ikhlaskan hati dalm bersahabat. kenikmatannya akan terasa. tapi sejauh mana kita tahu keikhlasan hati seseorang? itu urusan dia dan Allah. bercinta lah kerana Allah. bersahabatlah kerana Allah. manisnya akan kita rasa :) persahabatan yang terjalin sangat utuh.
tapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya. sebab syaitan selalu ada untuk menghasut umat bergaduh. bila da bergaduh, da berbaik, teruslah dibuang segala kenangan yang tidak elok itu. sebab bila kita asyik teringat ingat benda yang digaduhkan, walhal benda itu sekecil bakteria (eceh!), sekecil semut, sekecil atom..

PAP!

setan akan terus cucuk cucuk hati kita untuk terus ingat benda tuh. dan tidak mustahil, dalam sekelip mata, hati kita bleh sakit balik. tu la dtangnye perumpamaan buang yang keruh, ambil yang jernih tu. hehe. Istighfar banyak banyak. watpe nak ingat benda yang digaduhkan, benda yang wat saket hati, wat ilang mood je. ye tak? nanti alih alih terus tak ikhlas hati dalam berbuat sesuatu. tapi mudah-mudahan hati kita semua terus ikhlas.

berkawan lah dengan ikhlas. berkawan kerana Allah. semuanya akan baik baik sahaja. :)

perubahan fizikal dan rohani dan jasmani dan mental dann (ape lagi?), haruslah seiring..barulah dapat "chantek luar, chantek dalam"..hihihi~

p/s: cara hidup aku senang je. biar orang buat kita, jangan kita buat orang. tapiiiii..kalu da flow seseorang tuh mcm tu dengan kita, kita nak wat cane kan? =p

p/s: this is general entry ok. tiada kene mengena dengan yang masih hidup ataupun yang masih mati. hanya peringatan utk diri sendiri dan sesiapa sahaja :)

Thursday, April 7, 2011


Hoping for something that shouldn't be thought

Wednesday, April 6, 2011

nak study, feel belum datang. gulp. gulp

oh. ohhh~ bile mau study? @_@
ayuh study! sikit jer subjek mira oi. 3 je. jadi sile study!

tapiiii..aku sekrg..



kek? apehal lak nie? haha. aku terpk nak bake a cake jer! dari dulu. lagi lagi red velvet cake. gile kuat penangan die suro aku buat. asek terngiang ngiang "buat la~ buat la~"..haha..gile scary! tipu je..tapi, aku siap google amik resipi. nyammm~ tapi td mem besar, belikan tepung wat coklat moist jer..:( ..takpela..hold dulu buat red velvet nie. nanti nanti aku buat jugak! tak kire! =))

ke ade orang yang willing nak belanja kek nie? hehe~

p/s: kan bagus kalu mood study, sekuat mood aku nak buat cake. @_@

Tuesday, April 5, 2011

always in heart :)

assalamualaikum! ;)

finally. da boleh rasa lega sikit. bila full draft thesis sudah dihantar semalam! alhamdulillah~ tapi agak penat la. siap kat hujung tanduk. he he he. naseb makcik pejabat baik hati  tutup lambat. bekejar2. serius! aku da lame tak lari2. heh. but still mukeee..


tapi. ini hanya semntr. viva belum lagi beb! bile igt viva..terus..

                                                    
tapiii (ade tapi lagi) peluang utk berjimba jangan dilepaskan! mlm semlm got dinner untk kami2 y vogue lagi chantek. lagi menawan semua lah..kekeke~ ade dinner utk student final year. mcm dulu dulu. tp tu kat dectar. nie dekat bangi golf resort. adek adek uruskan. wpun ade sedikit keboringan. tp sumpah tak tipu! dak biochem memg suke sangat sangat bergambar. pas makan jer (makanan die sedap. tekak aku boleh terima! haha. ade ke makanan y aku pernah tolak? ngee~) terus bergambar! sana sini. semua aku nak masuk! =p
tak kesah la boring ke. makanan tak sedap ke. mari pandg dari sudut positif! event tuh di arrange tok dak2 final year. jadi. kita amik la saat tuh, kita manfaatkan sebaik baiknye! setuju? *sape setuju, goyang tangan macam sy..hihi*

sekrg, ade tanggungjwb y lagi besar! prepare utk viva dan final exam. tak reti reti nak study ke? hihih~

dulu blog nie lagu lain, sekrg lagu lain! :') dulu dulu tgk senior senior cakap pasal tahun akhir, perpisahan, rindu rindu semua, sekarg, kami akan rasainya. 
kawan datang dan pergi. tapi sesuatu  perpisahan takkan boleh buang title "kawan".

selamat maju jaya semua biochemist! love u all~ 


Friday, April 1, 2011

april

sekarang da masuk bulan April. bulan yang banyak mengajar aku tentang hidup. bulan yang mengajar aku tentang cinta. dan bulan yang mengajar aku tentang perpisahan. dan bulan yang mengajar aku tentang penatnye menunggu. sentiasa terpahat dalam hati. (eceh) tapi betul. sape yang boleh lupekan kenangan kan? tapi hati kene kuat. itu yang penting.

tapi. ini semua berlaku pada 2-4 tahun yang lalu. sekarang da bulan 4 tahun 2011. mungkin ke bulan 4 pada tahun mendatang, aku masih ingat tentang semua nie?

Followers