bukan semua yang kita inginkan..
kita akan dapat..
bukan semua yang kita impikan..
akan jadi kenyataan..
bukan semua yang kita rancangkan..
akan terlaksana sepenuhnya..
kerana..bukan kita yang mengawalnya..
bukan kita yang menentukannya..
bukan kita yang menjadikannya..
tp..DIA
di saat semua yang kita inginkan
terlepas..
di saat semua yang kita impikan..
terkubur..
di saat semua yang kita rancang..
berderai..
bersiap sedia la dengan segala kemungkinan..
bersiap sedia la dengan segala dugaan..
kuatkan semangat..kuatkan hati..
ini hanya dugaan..
dugaan yang mampu mematangkan fikiran kita..
dugaan yang mampu mematangkan kehidupan kita..
sabar..tabah..positif
ini bukan pinta kita...
tp percayala..
setiap kejadian ada hikmahnya..
setiap dugaan ade pengakhirannya..
setiap kedukaan ada cahayanya..
Dia tidak memberikan sesuatu dugaan itu sembarangan..
tapi hanya kepada yang berhak..
hanya kepada insan yang mampu menghadapinya..
kerana DIA tahu kemampuan diri kita..
-sekian-